Adakah  anak anda sukar mempelajari sesuatu perkara? Mungkinkah anak anda mengalami gangguan pembelajaran sehingga dia sukar untuk belajar sesuatu? Maka para ibubapa perlu ketahui 3 gangguan pembelajaran yang dihadapi oleh anak anda iaitu :


Sumber

1. Disleksia


Salah satu gangguan pembelajaran yang terkenal pada kanak-kanak adalah disleksia. Disleksia adalah gangguan pembelajaran di mana kanak-kanak mengalami kesukaran untuk membaca, mengeja, atau pun menulis. 


Gangguan ini mempengaruhi bahagian otak yang memproses bahasa. Kanak-kanak yang mengalami disleksia akan sukar memahami bunyi dan juga sukar menghubungkannya huruf atau perkataan. Namun begitu, terdapat program khas yang dapat menolong kanak-kanak disleksia agar mereka dapat belajar dengan baik.


2. Dysgraphia


Sekiranya disleksia menyukarkan kanak-kanak untuk memproses bahasa menjadi pertuturan, maka disgraphia adalah gangguan memproses bahasa menjadi tulisan.  Kanak-kanak yang mendapat gangguan ini, akan mengalami kesukaran untuk menulis dengan tangan.


Dysgraphia biasanya disebabkan oleh masalah dengan sistem saraf yang mempengaruhi kemahiran motor pada kanak-kanak yang diperlukan untuk menulis.  Kebiasaanya orang yang mengalami disgraphia akan sering tersalah eja perkataan ketika menulis dengan tangan. Tulisan tangan mereka sering tidak jelas dan mempunyai bentuk yang tidak konsisten. 


Selain itu juga, tanda anak anda mengalami Dysgraphia ialah apabila diminta mereka (kanak-kanak) menulis atau menyalin, biasanya mereka akan melakukannya dengan lebih perlahan berbanding dengan  kanak-kanak yang lain.


3. Dyscalculia


Sebilangan kanak-kanak mempunyai masalah pembelajaran ketika mereka belajar terutamanya nombor atau mata pelajaran matematik. Dyscalculia adalah gangguan pembelajaran di mana penghidapnya akan mengalami kesukaran menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan nombor. 


Selalunya orang yang mempunyai dyscalculia mendapat markah rendah dalam mata pelajaran matematik, tetapi dalam bidang lain tidak. Kanak-kanak yang mengalami gangguan pembelajaran ini akan sering mengalami kesukaran untuk memahami asas matematik. 


Sebilangan kanak-kanak mula mengira tanpa bergantung pada jari. Walau bagaimanapun, orang yang mengalami dyscalculia masih bergantung pada jari mereka ketika mengira.


Sumber