Antara doa yang paling banyak dipohon oleh Rasulullah SAW siang dan malam ialah supaya dikurniakan kesejahteraan (العَافِيَة) di dunia dan akhirat.

Di dunia kita inginkan kesejahteraan pada kesihatan, kehidupan, harta dan agama.

Di akhirat pula kita inginkan kesejahteraan di syurga jauh dari kengerian Mahsyar dan azab neraka.


اللهمّ إِنَّا نَسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَة




p/s : Insan terhalang daripada melihat keindahan yang lebih tinggi dalam kehidupan, kerana disibukkan oleh keindahan yang dapat dilihat dengan syahwat dan tabiat (kemanusiaan). Hanya sanya, jika dia hidup dengan mata hatinya, bukan dibatasi mata zahirnya, maka dia akan menyaksikan keindahan yang hakiki dan lebih sempurna. 

Pintunya adalah, menyaksikan jamal al-mustofa (keindahan Rasulullah -shollallahu 'alaihi wasallam-). Jalan menujunya adalah kecintaan kepada Baginda -shollallahu 'alaihi wasallam-. Persediaan menuju cinta tersebut adalah dengan banyak berselawat kepada Rasulullah -shollallahu 'alaihi wasallam-.