Kadang-kadang sebahagian insan memerlukan pengembaraan dan perjalanan melihat alam baru untuk membuka hatinya atau melihat suasana baru agar terbuka segala kekusutan di dalam jiwa.





Allah SWT berfirman ;


أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ


“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati yang di dalam dada.” (Al-Hajj: 46)


Diriwayatkan Imam al-Syafie (wafat 204 H) berkata ;


إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ


"....Aku melihat diamnya air itu tak bergerak akan merosakkannya namun jika ia mengalir maka ia akan menjadi baik atau bersih dan jika tidak mengalir maka tidaklah ia akan menjadi baik


والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب


Dan anak panah jika tidak dilepaskan dari busurnya maka tidaklah ia akan mengenai sasarannya.."


[Diwan Imam As-Syafi'i]


Setiap orang perlu keluar daripada kepompong pemikiran lama, ruang selesa dan mencari erti dan hikmah daripada alam dan kehidupan....!


FB : Emran Ahmad