Wanita tanpa rahim, adalah salah satu penyakit yang dialamai oleh sesetengah wanita, nisab penyakit ini lebih kurang 1 daripada 5,000 wanita akan mengalaminya. Penyakit ini dikenali sebagai Sindrom MRKH atau kepanjangannya sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser. 



Sindrom ini berlaku pada sistem pembiakan wanita yang menyebabkan vagina, dan rahim wanita tersebut tidak berkembang sebagaimana wanita normal atau tidak ada sama sekali.

Bukannya bermaksud tidak ada langsung alat kelamin, ianya bermaksud  walaupun keadaan alat kelamin wanita tersebut di luar kelihatan normal, namun kebiasanya mereka tidak mengalami haid kerana tidak mempunyai rahim. Faham kan. 

Apa penyebab berlakunya wanita tanpa rahim ini?

Sebenarnya penyebab sindrom ini belum diketahui oleh para penyelidik. Kemungkinan terdapat perubahan gen ketika bayi masih dalam kandungan, adalah  penyebab sindrom ini berlaku. 

Terdapat juga sebilangan besar kes sindrom MRKH berlaku pada wanita yang tidak mempunyai sejarah gangguan dalam keluarga mereka. Ini bermaksud Sindorm MRKH ini masih lagi dalam kajian untuk mengetahui penyebab ianya berlaku.

Adakah terdapat tanda-tanda seseorang wanita itu mengalamai "wanita tanpa rahim"?

Tanda besar adalah, wanita tersebut tidak mengalami haid pertama mereka. Biasanya hal ini berlaku pada usia 15 atau 16 tahun, sama seperti mana kanak-kanak perempuan normal. 

Namun untuk mengetahu tanda-tanda awal agak sukar, ini kerana perkembangan badan wanita yang mengalami simdrom ini, berkembang seperti mana wanita normal. Seperti payudara akan berbentuk, rambut kemaluan akan terus tumbuh. 

Soalan paling penting adalah bolehkah wanita tanpa rahim mempunyai anak?

Ya insya Allah boleh, ini kerana ketiadaan rahim dan saluran vagina, masih ada peluang untuk melahirkan anak dengan pembiakan dibantu di luar rahim.