Macam mana nak masak ayam masak kicap? di sini ohzarina sediahkan top 8 jenis resepi ayam masak kicap Ppaling sedap yang anda boleh buat di rumah. Terdapat 2 bahan paling penting iaitu ayam dan kicap, kalau tak ada ayam dan kicap, maka tak jadilah nak masak ayam masak kicap kan.



1. Resepi Ayam Masak Kicap Jawa

Huhu tengok gambar pun menyelerakan, sedap, pedas, hitam pekat. Sememangnya mereka akan berpuas hati bila masak resepi ayam masak kicap Jawa. Masakan dari seberang, sebelum tu sediakan bahan-bahannya dulu.

BAHAN-BAHAN:


4 biji/5 bawang merah besar (sederhana besar)
6 ulas bawang putih
1 inci halia
Satu sudu lada hitam (boleh kurangkan)

3 sekawan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
Sedikit asam jawa

Cili hijau besar (dibelah dua jangan sampai putus)

6 sudu makan kicap

CARA MEMASAK:


  1. Gorengkan ayam garing dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  2. Kisar halus bawang merah, bawang merah besar, bawang putih, halia dan lada hitam.
  3. Guna dalam lima sudu minyak yang digoreng ayam tadi. 
  4. Masukkan rempah tiga sekawan dan cili hijau besar. Keluarkan cili hijau apabila layu sedikit dan ketepikan. 
  5. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. 
  6. Tumis hingga naik bau dan garing.Selepas garing masukkan air asam jawa.
  7. Kemudian masukkan kicap. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. (Jika menggunakan kicap manis tidak perlu masukkan gula).
  8. Akhir sekali masukkan ayam dan cili hijau besar kacau sehingga rata.

sumber 



2. Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah

Kali ini, resepi yang berkuah pula. Ini salah satu cara memikat suami yang suka dengan jenis berkuah. Macam suami ohzarina, memang minat dengan ayam masak kicap berkuah. Jom cara menyediakan bahan-bahanya :

Bahan-Bahan

1/2 ekor ayam
6 tangkai cili padi - potong 2 bahagian
kicap manis secukup rasa
2 sudu besar sos tiram
garam dan kunyit
3 ulas bawang putih #
5 ulas bawang merah #
1 inchi halia #
1 ulas bawang besar - hiris nipis
1 batang serai - diketuk

tumbuk hingga halus bahan bertanda #

Cara Penyediaan


1. Mula-mula potong ayam menjadi bahagian kecil kemudian bersihkan. lepas tu gaul ayam dengan kunyit dan garam.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam yang sudah digaul tadi hingga separuh masak kemudian ketepikan.

3. Tumis bahan yang sudah ditumbuk tadi bersama serai dan bawang besar yang sudah dihiris nipis hingga harum dan warnanya kekuningan.

4. Kemudian masukan ayam bersama, sedikit air, kicap, chili padi, dan sos tiram. kacau sekejap dan biarkan ayam hingga menjadi empuk.

5. Akhir sekali, kacau dan tutup ayam biarkan lebih kurang 5 - 7 minit dan ayam siap untuk dihidangkan.

Sumber



3. Resepi Ayam Kampung Masak Kicap




Mesti korang tertanya-tanya, apa beza ayam kampung dengan ayam bandar? ayam kampung isinya sedikit keras atau liat, maklumlah berotot, manakala ayam bandar banyak lemas dan mudah makan. Siapa setujuh pendapat ohzarina?


Bahan-Bahan

1 ekor ayam kampung - dipotong 16 (pilih ayam bujang atau ayam dara)
6 ulas bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
2 inc halia - dimayang halus
100 ml kicap manis
3 camca besar sos tiram
1 inc kunyit hidup
10 tangkai cili kering - dikisar
300 ml air asam jawa
1 camca besar lada hitam - ditumbuk kasar
2 tangkai cili merah - dibelah 2
2 tangkai cili hijau - dibelah 2
2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji kentang - dihiris dan digoreng
rempah tumis - 3 sekawan
4 camca besar minyak untuk menumis
daun bawang

Caranya:


  1. Ayam dibersihkan, digaulkan dengan garam dan kunyit kemudian digoreng separuh masak. 
  2. Tumiskan rempah tumis 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih) sehingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia, kunyit dan cili kisar. 
  4. Tumis sehingga sebati dan garing.
  5. Masukkan air asam jawa, kacau sebati. 
  6. Kemudian masukkan kicap manis,sos tiram dan lada hitam. kacau sebati.
  7. Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak sepenuhnya.
  8. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa, bawang hiris, lada hijau dan merah dan daun bawang sebagai hiasan. 
  9. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Sumber




4. Resepi Ayam Masak Kicap Pedas


Biasanya ramai para suami yang minat masakkan yang pedas-pedas ini. Jadi apa lagi, jom sediakan masak ayam masak kicap yang pedas ini untuk suami tercinta. Cara masakkan sama, cuma tambah kan sedikit cili kering kisar, lagi pedas lagi sedap.

Bahan

5-7 ketul ayam yang telah di potong. Di gaul garam kunyit dan di goreng.
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1 labu bawang besar - di potong separa bulat
2 ulas bawang putih - di potong nipis
2 cm halia - di racik
1 batang kulit kayu manis
daun kari
air asam jawa
minyak


Caranya :


  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan daun kari sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. 
  3. Masak sehingga sedikit garing.
  4. Apabila cili telah garing, tambah sos tiram, kicap manis dan air asam.Biarkan sehingga  mendidih. Rasa.
  5. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.


sumber




5. Resepi Ayam Masak Kicap Simple

Simple? tak lah simple sangat, bahan-bahan asas perlu ada. Kali ini bergantung pada tukang masak, lagi cekap dia masak, lagi cepat lah terhidang. Untuk memasak resepi ini, mengambil masa 10 hingga 20 minat, selamat mencuba :

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Kicap Simple

Ayam dipotong dadu
Bunga cengkih
Halia dihiris
Kentang dipotong nipis
Bawang merah dan putih dihiris
Kicap soya
Sos tiram
Sedikit air

Cara Penyediaan


  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Pastikan minyak panas lalu masukkan bawang merah dan putih yang telah dihiris, halia dan bunga cengkih.
  2. Masak sehingga naik bau bawang-bawang tu.Masukkan ayam yang telah dipotong dadu dan biarkan ayam masak sekejap.
  3. Masukkan kentang yang dipotong nipis tadi supaya ia cepat masak kira-kira dalam 5 minit.
  4. Masukkan kicap soya dan sos tiram ke dalam mangkuk yang diisi dengan sedikit air. 
  5. Ini akan dijadikan kuah ayam kita supaya ia tidak kering sangat. 
  6. Kalau anda mahu kuah yang pekat, anda boleh masukkan sedikit air yang telah dicampur dengan air tepung jagung. 
  7. Kira-kira dalam 5 minit, dah boleh angkat masakan anda.
  8. Jangan lupa matikan api terlebih dahulu.

Sumber 




6. Resepi Ayam Masak Kicap Berempah

Resepi kali ini, jenis berempah. Nak lebih kepelbagaian, bosan dengan masakkan biasa, maka ini lah jawabnya. Jadi para isteri ambil resepi ini dan masak untuk suami anda, terutamanya time lepas gaji....


Bahan A (Gaul dan perap 1/2 jam)
1 ekor ayam. Berat sekitar 1.6 - 1.7 kg (dipotong 16)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Bahan B
1 batang serai (di ketuk di perdunya)
3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga

Bahan C
1 sudu besar Pes Bawang Putih dan Halia

Bahan D (dikisar halus)
3 Biji bawang besar (dikisar halus)
Sedikit air (Jangan terlalu cair. Kisaran 1:1 dengan air)
Tujuan bawang merah adalah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah yang lebih anda boleh kurangkan jumlah bawang.

Bahan E
2 sudu besar rempah Kari Daging
1/2 sudu kecil garam masala
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil serbuk Jintan manis
1 sudu kecil serbuk Jintan Putih
1/2 sudu kecil serbuk kas-kas (tidak kemestian)
1 sudu besar serbuk cili @cili kering kisar.Mengikut kepedasan yang anda inginkan.
1 sudu kecil serbuk lada hitam.
3 sudu besar kicap pekat 'Mee Yakin'. Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. * Saya gunakan Kicap Lemak Manis kipas udang.
Garam
Gula secukup rasa.

Bahan F
1 sudu kecil jus limau nipis



Cara-Cara Menyediakan nya

1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga 75% masak dan angkat.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan serai yang telah diketuk. Sederhanakan api dan tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga (bahan B).

3. Apabila naik baunya, masukkan pes bawang putih halia (bahan C) sehingga baunya naik kembali.

4. Segera masukkan kisaran bawang (bahan D) dan tunggu sehingga bawang benar-benar masak hampir kekuningan dan naik bau.

5. Masukan semua bahan-bahan rempah (bahan E) dan biarkan kuahnya didih dan menjadi pekat.

6. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan selama 10 - 15 minit.

7. Rasa masin manisnye. Akhir sekali perahkn jus limau dan kacau rata.

Sumber




7. Resepi Ayam Masak Kicap Nenas Chef Wan


Nak jadi lebih pro, jom belajar cara masak chef Wan. Masakan seperti ini lebih baik dihidangkan pada mak mertua. Tapi sebelum tu pastikan umur mak mertua sesuai, kenapa?? sebab bila umur semakin meningkat, deria rasa pun semakin berkurang, jadi kena berhati-hati. Takut kita rasa sedap, mak mertua pula rasa tak sedap. Selamat mencuba.


12 ketul ayam (dipotong kecil)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar air asam jawa
minyak masak
85 gram kismis
1/3 cawan kicap
 1 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1 biji lada benggala hijau
 daun pandan
1/2 biji nanas (dipotong dadu)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
* pes pedas :
15 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas

Cara-caranya :


  1. Perap ayam seketika dgn sedikit sos tiram, kunyit dan garam.
  2. Goreng seperuh masak.
  3. Panaskan minyak, tumis pes pedas* tadi hingga naik bau.
  4. Masukkan lada benggala dan nanas, masak seketika.
  5. Masukkan kicap, sos tiram serta garam, gaulkan.
  6. Masukkan kismis untuk menambah rasa.
  7. Masukkan air, air asam jawa serta garam, biarkan hingga mendidih seketika.
  8. Masukkan ayam yang sudah digoreng dan biar seketika.
  9. Boleh hidang.

Sumber




8. Resepi Ayam Masak Kicap Sheila Rusly


Siapa Sheila Rusly ini? Sheila Rusly merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit Malaysia yang popular dan pernah merangkul pelbagai anugerah, memiliki darah campuran Melayu dan Cina, beliau mula bergiat aktif di persada seni sejak 1986 ketika berusia 16 tahun.

Dah kenal, ini cara masakkan beliau. Kot-kotlah suami tu minat pelakon ini, boleh lah beritahu dia "bang, nak tahu ini resepi ayam masak kicap dari artis kesukaan abang tau". Insy Allah bahagian rumah tangga.

Bahan-bahan untuk Perapan Ayam

1 ekor ayam
Sedikit garam
2 sb Serbuk kunyit
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sb cili paste
Kicap pekat ( apa brand pun boleh )





Cara-cara Perapan :

Tambah garam
Sedikit serbuk kunyit
Ginger garlic paste. (Bawang putih + halia)
Tambah cili paste 2 sudu. Boleh kurangkan kalau tak nak pedas.
Kicap Tamin ( Nak guna kicap lain pon tak apa)
Perap sekali dengan kicap untuk 15 minit ke 20 minit.

Bahan2 Untuk Menumis :

4 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1 inci Halia
3 tangkai Cili kering ( dikerat halus )
Daun kari
Bunga lawang
Kayu manis
1 biji Tomato





Cara-caranya 

1. Tumis bunga lawang dan kayu manis.
2. Masukkan cili kering dan daun kari
3. Tambah bawang, bawang putih dan halia.
4. Masukkan half tomato
5. Masukkan ayam yang diperap. Simpan lebihan kicap perapan.
6. Kacau dan tutup periuknya
7. Masak sehingga ayam halfcooked ( dalam 10 minit)
8. Tambah lebihan kicap perapan tadi
9. Masak sehingga ayam masak.

sumber