Ramai orang masih tertanya-tanya, Sajat lelaki atau wanita? Kalau soalan ini ditanya pada Sajat "sajat lelaki atau wanita?" jawabnya dia dilahirkan sebagai seorang khunsa. Manakala kalau soalan ini ditanya pada rakan-rakan Sajat dan pihak berkuasa jawabnya dia dilahirkan seorang lelaki tulen.


Siapa sajat? sajat atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, seorang usahawan kosmetik yang sangat berjaya dan sangat terkenal. Jadi adakah sajat ini seorang lelaki atau wanita? Jom lihat jawapannya...


Pada tahun 2018, Sajat pernah membawa ibubapanya ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk bersumpah bahawa Sajat adalah khunsa.

Walau bagaimana pun menurut pihak Jakim pengakuan atau sumpah tetap memerlukan pengesahan dari pihak berkuasa dari sudut perubatan. -Sumber



Manakala pada tahun 2020 ini menurut Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), nama sebenar sajat  adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang didapati dilahirkan dan didaftarkan sebagai seorang lelaki.

Kenyataan ini dimuat naik di laman facebook Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, “Berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

“Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki. Semakan lanjut pada sijil kelahiran beliau juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki,” katanya.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan juga, sehingga kini, tidak ada dokumen rasmi perubatan yang dikemukakan oleh Nur Sajat bagi membuktikan beliau adalah wanita.-sumber


Pada tahun 2019 pula, Sajat telah mengerjakan umrah dengan berpakaian wanita. Menurut Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd, ketika proses untuk pendaftarannya mengerjakan umrah, Sajat memang mengemukakan dokumennya sebagai lelaki dan tidak pernah memberitahu dia seorang khunsa.

Dan apabila tiba di tanah suci Makkah, dia sebaliknya memberitahu kepada mutawiff di sana dirinya seorang khunsa.-sumber



Menerusi akaun Facebook, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Muhammad bin Aris, mendakwa dirinya merupakan kawan sekolah Sajat dan dia pernah melihat ‘alat sulit’ Nur Sajat yang ternyata dimiliki oleh seorang lelaki. 

Lelaki tersebut juga mendedahkan pula gambar kelas bersama Sajat dan difahamkan gambar tersebut ketika berada di darjah 5 dan di tingkatan 2.-sumber