Tentu anda tertanya-tanya apa yang nak difikirkan? baca, faham, dan fikir-fikirkan..


1. Islam ini bukan hanya mazhab syafie dan sudah tentu umat Islam pula bukan hanya orang Melayu.

Apabila agama yang kita amalkan hanya sesuai untuk tanah Melayu dan hanya sesuai dengan orang Melayu maka itu bukanlah Islam asal yang diturunkan kepada Nabi berbangsa Arab dan untuk semua manusia tetapi Islam yang telah di'corakkan' dengan budaya setempat.

Tidak salah, cuma jangan ingat Islam itu hanya apa yang selari dengan budaya kita.

2. Hukum dan fatwa manusia boleh berubah-ubah tetapi hukum Allah itu pula kekal iaitu apa yang sudah jelas dalam Al-Quran dan Al-sunnah.

3. Pengarah Jabatan Agama Islam, Mufti, tok guru, ustaz, haji, lebai dan naqib ialah gelaran yang diberi oleh manusia.

Mereka bukan maksum, tidak ada jaminan bahawa mereka ahli syurga. Mulia dan hebat di sisi manusia belum tentu mulia di sisi Allah.

Gelaran dan kedudukan di sisi Allah ialah seperti mukmin, soleh, fasiq, munafiq, kafir, musyrik dan bertakwa.

Hanya Allah yang tahu.

4. Seorang Islam yang bermazhab Syafie tidaklah lebih baik daripada seorang Muslim yang bermazhab Maliki, Hanafi atau Hambali.

Sebaliknya seorang Muslim itu hanya akan menjadi lebih baik jika dia beriman dan bertauhid, bertaqwa dan berakhlak dengan akhlak mulia walaupun dia bermazhab Maliki, Hanafi, Hambali atau Syafie.

Bahkan Zahiri sekalipun.

Pentaksub mazhab Syafie yang suka menyesatkan orang lain yang berbeza fiqh dengan mereka sudah tentu bukanlah perangai yang baik.

5. Islam membenarkan umatnya berpolitik dan memilih pemimpin. Tetapi Islam tidak membenarkan umatnya menipu, berbohong, memgkhianati janji, pecah amanah, rasuah, memakan harta secara haram dan menjadikan kedudukan atau jawatan di syarikat GLC negara sebagai harta ghanimah atau habuan politik.

Parti yang disertai bukanlah jaminan seseorang itu baik.

Perangai dan tindakan seseorang yang menentukan dia baik.

6. Islam tidak boleh difahami dengan akal semata-mata tetapi akal yang sihat dan matang diperlukan untuk memahami tujuan dan kewajipan Al-Quran dan Al-sunnah.

Otak yang bodoh dan akal yang cetek akan hanya membawa fitnah kepada Islam kalau cuba bercakap soal Islam.

7. Fanatik, taksub dan ekstrim tidak akan pernah membawa kebaikan walaupun kita berada di dalam kebenaran.

Islam agama yang samahah, lapang dan sederhana.

Allah dan rasul membenci orang yang ekstrim.

Sumber :