Wahai saudaraku, ketahuilah bahawa pasangan halal kamu pada hakikatnya bukan milikmu, Dia adalah pemberian dari Allah SWT. Oleh itu, apabila Tuhan memberikan sesuatu, jangan pernah merasa anda benar-benar memilikinya sepenuhnya.

Anda hanya dipinjamkan oleh-Nya untuk beberapa waktu. Sehingga Dia mengambilnya kembali. Kita tidak tahu bila, mungkin hari ini atau esok. Suatu hari Dia akan mengambilnya kembali, mungkin atas sebab kematian atau memang masa jodoh anda berakhir.
Dan berhentilah merasa dia benar-benar milik anda. Jangan pernah merasa anda & dia tidak akan pernah berpisah selamanya. Kerana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Bersedia pada masa itu, yang terikat dengan halal pun akan berpisah satu hari nanti. Terutama anda & dia yang hanya mempunyai nasib yang tidak pasti.
Maka jangan pernah merasa bahawa dia adalah milikmu selamanya. Kerana kepercayaan itu hanya akan melahirkan rasa sakit hati yang melampau ketika Tuhan mengambilnya dari mu. Namun semua ini akan berubah sekirnya anda dan dia sentiasa berdoa kepada-Nya, dan memohon agar jodoh mu berakhir hingga ke nafas yang terakhir.
Amalkan apa yang diperintah-Nya dan jauhilah apa yang di larang-Nya, insy Allah, Allah akan mengabulkan doa anda dan dia.
2 Ulasan
setuju sis, sesuatu semua yg kita ada hanya pinjaman
BalasPadamKan sis, senua dah tertulis di lauhul mahfuz, cepat atau lambat semua Allah akan ambik bila tiba masanya. Semoga kita semua terus istiqamah memohon keredhaan dariNya
PadamTerima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin