Dalam kehidupan berpasangan suami isteri, kita sentiasalah saling berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan kita, bukannya menuntut dari pasangan kita.




Sekiranya suami isteri selalu memberikan yang terbaik kepada pasangan mereka, insy Allah jodoh akan bertambah panjang. Tetapi jika suami isteri itu lebih banyak menuntut sesuatu dari pasangan mereka, maka mereka pasti tidak dapat apa yang mereka mahu. Sikap menuntut hak dari pasangan seperti, kasih sayang, perhatian, dan sebagainya akan membawa kepada hubungan yang semakin jauh.Ini kerana cinta itu bermaksud memberi, bukan menuntut untuk diberi.

Pasangan suami isteri harus bersaing untuk memberikan yang terbaik kepada pasangannya. Dengan pemberiaan yang terbaik, pasti pasangan ini akan merasakan erti cinta yang sebenar. Perkahiwnan bukannya hanya sekadar memberi jasad anda kepada pasangan anda, tetapi memberi segala-galanya untuk dikongsikan bersama sepanjangan hidup anda.

Jangan biarkan kehidupan keluarga anda dengan hati yang kosong, tanpa cinta dan perasaan. Kerana ini suka akan menyebabkan keretakan didalam rumah tanggah, berilah kasi sayang, berilah cinta sepenuh hati, berilah bantuan jika pasangan anda memerlukan, kerana cinta itu memberi bukan menuntut.