Anak yang berani tidur sendiri boleh menjadikan dia lebih matang dan bertanggungjawab. Tetapi, kebanyakannya ibubapa di luar sana, sukar mengajar anak mereka untuk tidur sendiri, terutamanya anak yang biasa tidur bersama ibubapanya.
Berikut adalah beberapa cara mudah melatih anak anda untuk tidur sendiri, antaranya :
1. Sediakan Bilik Yang Selesa
Para ibubapa disarankan agar cuba menyediakan bilik tidur yang selesa dan sesuai dengan keinginan anak anda. Cuba sediahkan bilik dengan apa yang dia mahukan, tujuannya adalah membuat anak anda merasa mereka mempunyai ruang peribadi mereka sendiri. Sebagai contoh, suruh anak anda memilih warna kegemarannya untuk di warnakan di dinding bilik mereka.
2. Pastikan Anak Anda Kenyang
Perut yang lapar boleh membuatkan anak anda lebih mudah untuk terbangun pada waktu malam. Jadi sila pastikan anak anda, sebelum tidur dia dalam keadaan kenyang.
3. Pasang Lampu Tidur
Bilik tidur yang gelap, kebanyakannya tidak disukai oleh kanak-kanak. Untuk mengatasinya, ibubapa perlu menyediahkan lampu tidur agar anak anda merasa lebih selesa dan tenteram semasa dia tidur dalam biliknya.
4. Menemani Sekiranya Anak Anda Belum Berani
Sekiranya anak anda tidak berani, Ibu bapa boleh menemaninya terlebih dahulu dan apabila dia telah tidur, Ibu bapa boleh pergi dan membiarkannya tidur sendirian di biliknya.
2 Ulasan
Haritu cuba untuk anak sulung, ayah dia temankan. Last2 ayah dia tidur sorang atas katil dia, dia lari tidur dengan mak ngan adik2 haha
BalasPadammacam saya dulu mula2 takut tidur dalam bilik
BalasPadamsuka tidur luar.
bila mimpi seram tidur luar...terus suka tidur dalam bilik sampai sekarang
hahahaha
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin