Di tengah-tengah krisis virus korona yang berlaku di dunia, terdapat kes  yang cukup mengundang perhatian di India . Bayi berusia beberapa hari telah ditanam oleh orang yang tidak bertanggungjawab di kawasan tanah lumpur. Pada mulanya penduduk tempatan mendengar tangisan samar di sebuah tapak pembinaan rumah.


Semasa mencari bunyi tersebut, salah seorang penduduk mendapati kaki bayi terkeluar dari tanah dan segera menyelamatkannya.Penduduk kampung dengan cepat menggali tanah yang telah dicampurkan dengan lumpur untuk membuang bayi tersebut.

Apabila bayi itu berjaya dikeluarkan, bayi tersebut terus di hantar ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan.


Menurut Doktor, bayi tersebut telah lama berada di dalam lumpur dan menyebabkan saluran pernafasannya tersekat. Walaupun begitu, keadaan kini bayi tersebut dalam keadaan stabil, dan telah melalui beberapa langkah rawatan.

Penduduk di kawasan Desa Sonoura berharap kes sseperti ini tidak berulang.-sumber