Siti Hajar berusia 35 tahun, sanggup memanjat sekurang-kurangnya 60 pokok pinang setiap hari untuk menyara keluarganya. Setiap hari, dia mempertaruhkan nyawanya kerana memanjat pokok setinggi 8-12 meter tanpa alat keselamatan.


“Sehari saya panjat 60 pokok pinang dengan upah Rp2,000 (kira-kira 55 sen) sepokok.

“Biasanya pelanggan hubungi saya untuk membuat pesanan sebelum saya panjat dan hantar pinang itu kepadanya,” katanya.

Katanya, pekerjaan berbahaya itu dilakukannya sejak usia remaja.“Selepas berkahwin, saya berhenti kerana beri tumpuan kepada suami dan dua anak.

“Sejak suami meninggal dunia lapan tahun lalu, saya kembali memanjat pokok pinang untuk menyara hidup.


“Kalau bukan musim pinang, saya turun ke bendang orang atau ambil upah sebagai pemetik kacang di kebun,” katanya.

Menurut wanita itu, selain dua anak, dia menetap bersama ibu dan abangnya di rumah yang didirikan hasil bantuan. “Hasil upah panjat pinang kami belanja untuk membeli keperluan dapur dan sekolah anak,” katanya.

Siti Hajar mengatakan bahawa rumah yang dia tinggali sejak sebulan lalu adalah pemberian dari Dana Desa. Dia mengaku rindu dengan katil dan televisyen yang dapat dinikmati setelah mencari nafkah.



"Dahulu, rumah saya terbuat dari dinding rotan, ditutup dengan daun kelapa sawit dan tanah, saya hanya menikmati rumah baru ini selama sebulan. Sekiranya ada tilam dan televisyen, saya sangat bersyukur," harap Siti.

Setakat ini, Siti adalah penerima bantuan dari Program Harapan Keluarga (PKH) bernilai Rp 300 - 700 ribu atau dalam Ringgit Malaysia (RM84.58- RM197.36 ) setiap tiga bulan. Selain itu dia juga mendapat Bantuan Makanan Tanpa Tunai (BPNT).