Mesti ada di antara anda sedang mencari-cari bagaimana dan di mana tempat untuk membuat pembayaran zakat fitrah pada tahun 2020. Maklumlah pada masa ini kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan.
Untuk pengetahuan anda, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menetapkan kadar zakat fitrah di Sabah tahun ini sebanyak RM7.50 dan RM6 mengikut kemampuan pembayar serta ketua keluarga.
Pengisytiharan dilaksanakan oleh Yang Di Pertua MUIS, Datuk Seri Dr Hasbullah Mohd Taha. Hasbullah berkata kadar itu ditetapkan bagi seorang individu atau bersamaan nilai segantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan majoriti rakyat Sabah.
Di bawah adalah cara pembayaran zakat fitrah pada tahun 2020 bagi negeri Sabah.
Bagi pengguna smart phone sama ada ios atau android, sila download aplikasi SnapNPay . Anda boleh membuat pembayaran secara online di app SnapNPay.
1. MYEG
2. Maybank2u
3. Bank Islam
4. Agro Bank
1 Ulasan
terima kasih sharing ^^
BalasPadamTerima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin