Portugal menggantung tugas seorang doktor sakit puan yang disyaki cuai selepas seorang bayi dilahirkan tanpa muka, dalam kes yang mengejutkan negara itu.
Bayi dikenali sebagai Rodrigo, lahir pada 7 Oktober lalu tanpa hidung, mata atau sebahagian tengkorak tetapi kecacatannya hanya diketahui semasa kelahirannya di sebuah hospital di Setubal, kira-kira 40 kilometer ke selatan Lisbon.
Majlis Perubatan Portugal sebulat suara bersetuju untuk menggantung Dr Artur Carvalho daripada bertugas selama enam bulan.
Pakar obstetrik itu turut mempunyai enam aduan lain terhadapnya sejak 2013.
Siasatan dibuka selepas ibu bapa bayi itu membuat aduan dan kelahirannya menjadi tajuk utama media.
“Wujud bukti kukuh terhadap kecuaian doktor yang membawa kepada penggantungan tugas,” kata ketua majlis perubatan bagi wilayah selatan, Alexandre Valentim Lourenco kepada stesen penyiar RTP.
Caravalho mengikuti perkembangan kehamilan ibu Rodrigo di klinik swasta di Setubal malah turut melakukan tiga ujian wajib ultra bunyi tetapi tidak melaporkan sebarang isu.
Ibu bapa Rodrigo dimaklumkan, kemungkinan bayi mereka cacat selepas meminta ujian ultrasound dibuat ketika hamil enam bulan tetapi dijamin doktor segalanya lancar.
“Dia menjelaskan sebahagian muka bayi tidak kelihatan dalam ujian ultra bunyi kerana terlekat pada perut ibu,” kata ibu saudara Rodrigo, Joana Simao kepada TVI 24.
Bayi terbabit masih ditempatkan dalam wad kanak-kanak di hospital dia dilahirkan.-mymetro
3 Ulasan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamastafirullahalzim, macam2 berlaku.
BalasPadamsalam berkenalan dan blog sis dah saya mskkan dlm bloglist
Astaghfirullah hal azim.. tapi itulah kesilapan manusia memang akan berlaku tapi dalam masa yang sama itulah ketentuan daripada Allah.. Salam kenal daripada saya, dah follow blog awak dan dah masukkan blog awak dalam list saya...
BalasPadamhttps://shikin-bloglist.blogspot.com/
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin