Kanak-kanak berusia empat tahun yang kudung kedua-dua belah kakinya akibat didera ibu bapa kini memulakan persekolahannya.

Tony Hudgell atau dipanggil Bear hampir mati apabila didera oleh ibu bapa kandungnya yang menyebakab kedua-dua kakinya terpaksa dipotong sehingga paras lutut.

Ibu bapa angkatnya, Paula dan Mark Hudgell memberitahu,tiada saat lebih indah dalam hidup mereka apabila melihat anak bongsu daripada lapan adik beradiknya gembira seperti kanak-kanak lain.

“Bermula awal persekolahan, Tony akan berkongsi banyak perkara dengan rakan-rakan sebayanya. Kami sangat gembira dia akan menikmati hidupnya dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lain,” ujar Paul,52.

Tony didera ibu bapanya ketika berusia lima minggu dan terpaksa dirawat di hospital dengan pelbagai kecederaan termasuk kegagalan organ dalaman.

Malah kedua-dua kakinya terpaksa dipotong sehingga paras lutut.

“Dia masih lagi menerima rawatan dalam tempoh berpanjangan,” tambahnya. –sumber