Begini rupanya cabaran untuk didik anak gosok gigi. Bahkan ibu bapa kena jadi ‘ singa’ jika terpaksa. Nyata perkongsian Doktor gigi , Dr Abdul Rahman begitu inspirasi.

Walaupun saya doktor gigi, saya juga manusia biasa. Dan anak pertama saya Umar, saya tidak mampu jaga gigi susunya dengan sebaiknya. Satu penyesalan terbesar bagi saya. Mana tidaknya, Umar lahir ketika kami tengah struggle dalam pengajian. Masih belum ada pengalaman jadi ibu bapa. Akibatnya, gigi depannya dah kena cabut

Saya ambil pengajaran daripadanya.Anak kedua saya Hanan, lahir dalam suasana serba mencukupi. Alhamdulillah. Maka saya usahakan sebaik mungkin untuk jaga gigi Hanan sejak tumbuh.
Masa mula-mula gigi tumbuh, saya hanya biasa lap guna kain. Pagi sekali malam sekali. Cabaran bermula apabila Hanan dah start makan dan minum susu botol. 

Setiap malam mesti kena minum susu baru boleh tidur. Dan bukan sekali je. Satu malam 3-4 kali bangun untuk minum susu. Masa bila nak lap gigi dia? Kalau lap nanti terjaga semula? Yang paling penting, jangan biar puting botol susu dalam mulut dia. Kalau dapat
biasakan tidur dengan air masak lagi bagus.

JANGAN PUTUS ASA JAGA KESIHATAN GIGI

Jangan cepat putus asa. Teruskan cuci seperti biasa. Kebanyakan gigi kanak-kanak rosak adalah sebab ibu bapa mereka tak cuci gigi anak selama berhari-hari atas pelbagai alasan!

Untuk anak saya, saya guna berus gigi untuk kanak-kanak 0-2 tahun jenama Jordan. Berusnya sangat lembut dan mesra gusi. Ubat gigi pula saya gunakan kodomo lion. Kodomo lion mengandungi 400ppm uorida, antara yang paling rendah dalam ubat gigi. Kenapa pilih yang paling rendah? Kerana risiko untuk anak kecil tertelan ubat gigi sangat tinggi. Setiap kali selepas berus gigi, pastikan terus lap supaya anak tidak tertelan.

Pengambilan uorida yang berlebihan boleh menyebabkan masalah uorosis pada gigi kekal mereka.Sejak Hanan mula makan, saya dapati giginya diselaputi warna kekuningan. Saya cuba gosok guna berus gigi tapi tak hilang. Lepas guna kayu sugi baru hilang. Jangan risau guna kayu sugi sebab ia sangat selamat. Sakit pun tak. Ini lah kelebihan sunnah nabi. Kekuningan pada gigi kemungkinan ada lapisan nipis plak pada gigi.

Jika dibiarkan tidak dibersihkan, risiko untuk gigi menjadi karies dan rosak sangat tinggi. Pesan saya sebagai ibu bapa, gosok gigi anak anda 2 kali sehari dan jangan pernah miss!

  1. Biarpun terpaksa menjadi singa.
  2. Biarpun terpaksa mengerah tenaga.
  3. Ayah-ayah semua sila bantu sama. Jangan tercegat sahaja.
  4. Gigi anak kita, tanggungjawab kita.
  5. Setiap 6 bulan sekali, datanglah periksa.
  6. Sayangi anak, gosok lah gigi

Ikhlas daripada:
Dr Abdul Rahman
Seorang dentist dan ayah 2 orang anak
Sumber