Zaman teknologi sekarang ni memang semua orang wajib ada telefon bimbit. Dah banyak iklan yang dikeluarkan mengenai kelalaian orang dewasa menggunakan telefon bimbit sehingga membahayakan nyawa orang sekeliling.

Baru-baru ini, satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun apabila dia dijumpai dalam keadaan lemas. Rakaman CCTV menunjukkan Sherlyn Ler mati lemas di sebuah kolam di Kallang Basin, Singapura selepas bergelut hampir empat minit di dalam air.

Malangnya, ibunya yang berada di tempat kejadian tidak menyedari keadaan anaknya yang sedang lemas kerana leka bermain telefon bimbit, manakala dua orang pegawai keselamatan juga turut sama bermain telefon bimbit.Kanak-kanak malang tersebut sepatutnya dilatih oleh seorang pengajar namun pengajar tersebut membiarkanya di tengah kolam untuk berenang ke pinggir menggunakan papan apungan.

Kanak-kanak tersebut dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan meninggal dunia 20 hari selepas hari kejadian.-sumber