Organ dijual kepada hartawan Arab Saudi

Pada tahun 1998, dia membantu sebuah syarikat pengeluaran media British menghasilkan dokumentari mengenai radiasi nuklear di wilayah itu yang bertajuk "Death of Silk Road' (Kematian Jalan Sutera).

Pada Mac 2019, Enver Tohti memberitahu Radio Free Asia bahawa dia percaya para pelanggan utama organ Uyghur Muslim adalah penerima pemindahan organ dari Arab Saudi yang kaya.

Lebih mengejutkan, China secara tidak langsung memasarkan bahagian badan yang dikeluarkan secara paksa ini sebagai "Organ halal", walaupun sebenarnya tidak ada perkara sebegini dalam Islam.

Apabila didesak mengenai dakwaan ini, Enver mengakui tidak mempunyai bukti secara langsung, hanya mendengar cerita yang tidak disahkan tentang China menjual atau memasarkan organ "halal" kepada penerima organ Saudi yang kaya.

Dia menegaskan bahawa ia adalah sesuatu yang "sebaiknya tidak dibincangkan sehingga ia disahkan".

Namun apabila ditanya mengapa tidak teguh dengan pendirian yang dinyatakan, Enver mengalihkan cerita dengan menyatakan rasa bimbang terhadap keselamatan ibunya, yang masih berada di Xinjiang, China.

Aktivis Uyghur, Arslan Hidayat, yang merupakan menantu kepada pelawak terkenal Adil Mijit yang hilang tanpa dikesan, memberitahu bagaimana China mengugut ahli keluarganya yang tinggal di luar negara terutamanya mereka yang bercakap secara terbuka tentang jenayah di Xinjiang itu.

Menurut Enver Tohti, permintaan terhadap organ Uyghur adalah melebihi bekalan.


Jenayah terancang oleh Parti Komunis China

Ini sekaligus menerangkan mengapa pihak berkuasa Parti Komunis China di Xinjiang melaksanakan pungutan sampel darah wajib dari umat Islam Uyghur melalui Pemeriksaan Perubatan Kesihatan Nasional, dengan matlamat mewujudkan "pangkalan data pemadanan organ hidup."

Dr Faisal Shaheen, pengarah Pusat Transplantasi Organ Arab, memberitahu bahawa seramai 410 orang Arab Saudi telah membeli organ dalam tempoh 2 tahun dari tahun 2012 hingga 2014 melalui pasaran gelap di China, Mesir dan Pakistan
Beliau juga menambah bahawa seramai 7,000 orang pesakit di Arab Saudi memerlukan pemindahan buah pinggang.

Jawatankuasa Kesihatan Awam Parlimen Eropah dan Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia berkata buah pinggang yang diambil secara haram boleh dijual dengan harga mencecah RM675,000 setiap satu. 

Sehubungan ini, penggubal undang-undang United Kingdom memberi amaran kepada rakyat yang terdesak untuk menjalani operasi pemindahan yang mereka mungkin tidak mengetahui terlibat dalam "memainkan peranan dalam mengukuhkan kekejaman terhadap penghuni dalam rangkaian kerajaan Komunis di kem penjara dan tahanan."

Dengan lebih daripada 2 juta umat Islam Uyghur yang ditahan dalam rangkaian kem-kem tahanan dan penjara di seluruh Xinjiang dan China, amalan kejam China menuai organ-organ hidup orang Islam ini adalah tidak dapat dibayangkan.

Malah, ia menjadi jumlah tahanan minoriti agama terbesar sejak pembunuhan beramai-ramai oleh Nazi pada pertengahan abad ke-20.

Pada tahun 2016, Parlimen United Kingdom mendengar satu pembentangan bertajuk "Bloody Harvest / Slaughter," nama yang diambil dari dua buku oleh penulis Ethan Gutmann; dan David Kilgour dan David Matas.-sumber