Kipas siling merupakan sejenis kipas yang digantungkan pada siling rumah untuk mengitar udara melalui bilah-bilah kipas berputar.

Kipas siling terawal muncul pada awal tahun 1860an dan 1870an di Amerika Syarikat. Pada masa itu, kipas siling tidak digerakkan oleh motor elektrik, sebaliknya menggunakan turbin yang yang menggerakkan sistem tali sawat yang menggerakkan kipas serta mendapat kuasa daripada aliran air sungai. Sistem ini mampu menggerakkan beberapa buah kipas sekaligus, serta popular di kedai, restoran dan pejabat.

Kipas siling elektrik dicipta pada tahun 1882 oleh Philip Diehl. Diehl mengguna pakai motor elektrik daripada mesin jahit Singer terawal pada tahun 1882 untuk kegunaan kipas siling ciptaannya. "Kipas Elektrik Diehl", beroperasi seperti kipas siling biasa; setiap kipas mempunyai motor elektrik sendiri, tanpa memerlukan sistem tali sawat yang mahal dan rumit