Baru-baru ini jururawat telah mengalami kecederaan akibat terkena bilahan kipas yang patah. Jururawat tersebut kini berehat di rumahnya,” kata Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahudeen Abd Aziz berhubung tular kejadian seorang jururawat cedera di muka akibat terkena bilah kipas yang patah.
Menurut Dr Selahudeen “Ya benar, kejadian berlaku Selasa lalu. Jururawat berkenaan sudah diberi rawatan di klinik kesihatan berhampiran tempat kejadian dan kini berehat di rumah.
“Kami memantau perkembangannya dari semasa ke semasa. Apa yang penting sekarang ini adalah kesihatannya kembali pulih,” katanya yang enggan mengulas lanjut.


Sejak semalam, tular gambar seorang jururawat yang cedera di muka akibat terkena bilah kipas patah yang difahamkan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Damai Jaya, Skudai di sini,
Kejadian itu mendapat perhatian netizen selepas tiga keping gambar termasuk kesan kecederaan di muka jururawat dan bilah kipas patah dikongsikan.
Sekeping gambar menunjukkan jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih beruniform mendapatkan rawatan petugas kesihatan.
Kelihatan juga sekeping gambar menunjukkan bahagian mata jururawat terbabit dibaluti kain dengan bahagian muka dan baju mempunyai kesan darah.
Gambar ketiga memaparkan bilah kipas yang kelihatan uzur dipercayai punca kecederaan dialami jururawat itu.-mymetro