Suami biasanya jarang rindukan isteri, terutamanya bila suami tinggal bersama isteri. Yalah kalau dah hari-hari jumpa tak kan rindu kot, buang tabiat lah tu.

Suami rindu bila isteri berjauhan dengannya, tentulah rindukan. Jadi mungkin antara kita kurang pengetahuan mengenai tanda-tanda suami rindukan isterinya.

1. Tanda-tanda si suami rindukan isteri adalah si isteri menerima mesej yang lucu dari suaminya. Maksudnya di sini si suami ingin berkongsikan benda yang menghiburkannya. Kadangkala ada isteri yang tidak faham lawak atau mesej yang lucu dari suami, kadangkala si suami menjadi mangsa pada isteri kerana tidak kenal tempat atau mesej yang lucu tidaklah se lucu mana pun pada isteri. Kesian suami.


2. Tanda suami rindukan isteri, si suami biasanya membuat kejutan terhadap isterinya. Tak kiralah kejutannya kecil atau besar tapi itulah tandanya dia rindu dan sayang kita. Hargai suami.

3. Tanda suami rindukan isteri adalah si suami biasanya ingin berbual bersama isterinya secara berdua-duaan. Kadangkala si suami sibuk dengan dunia kerjanya, jadi dengan perbualan bersama isteri secara berdua-duaan sebagai tanda dia rindu isterinya. Ataupun ada udang sebalik batu..

4. Suami bila rindukan isteri kadangkala semasa tidur si suami tiba-tiba peluk sekejap isterinya selepas itu tidur. Bermaksud si suami sedang rindukan isterinya.

5. Tandas terusnya kadangkala si suami ajak isteri makan bersama.

6. Tanda suami rindukan isterinya, apabila si suami memanggil isterinya duduk di sebelahnya ketika dia melihat rancangan TV. Maksudnya dia rindu dalam masa yang sama dia nak juga tengok tV, tak apalah janji dia rindukan.

7. Tanda seterusnya apabila si suami buat post tentang isterinya d facebook.

Rasanya itu jelah tanda-tanda suami rindukan isterinya. Ada banyak lagi tetapi bergantung pada sifat personaliti suami anda. Sayangilah Suami anda.