Penampilan lelaki yang berjanggut kelihatan lebih handsome perbanding lelaki tidak Berjanggut. Ini adalah pandangan sesetengah wanita terhadap kaum lelaki.

Antara sifat lelaki Berjanggut adalah:

1. Lelaki Yang berjanggut ini ya kelihatan lebih ke arah orang yang bertanggungjawab dan komitmen yang serius. Ini kerana apabila seorang lelaki ditumbuhi Janggut, dia akan menjaga memelihara mengekalkan kebersihan kesihatan janggutnya.

Ini bermaksud lelaki berjanggut jenis yang bertanggungjawab dan komitmen pada janggutnya. Bila dia sayang janggutnya secara tidak langsung dia akan layan wanita teman kasihnya seperti janggutnya.

2. Sifat lelaki berjanggut ini seseorang yang penyabar. Ini kerana bukanlah senang untuk memeliharanya, ianya perlu ada kesabaran. Ramai lelaki yang mengalami masalah ruam wajah, gatal-gatal, mempunyai tanda lahir di dagu. Namun semua ini dapat diatasi apabila lelaki tersebut memiliki Janggut, dan janggut bukannya mudah untuk tumbuh ianya mengambil masa yang panjang untuk tumbuh. Atas berkat lelaki sabar maka tumbuhlah janggutnya. Nampak kan betapa sabarnya lelaki berjanggut.

3. Sifat lelaki Berjanggut ini kelihatan lebih berkelas maksudnya di sini sekiranya lelaki yang berjanggut itu menjaga janggutnya dengan baik dan kemas. Penampilan lelaki Yang berjanggut ini lebih bergaya berbanding sebaliknya.

4. Sifat lelaki Berjanggut, dia lebih kelihatan kelakiannya. Bukanlah bermaksud lelaki yang tidak Berjanggut tidak kelihatan kelakiannya. Penilaian seperti ini adalah melalui luaran wajah kaum lelaki.

5. Sifat lelaki berjanggut juga kelihatan lebih matang. Ini kerana memelihara Janggut mengambil masa yang lama pagi pemikiran kaum wanita. Hakikat nya ia bergantung pada hormon lelaki tersebut. Contoh lelaki berusia 21 tahun memiliki Janggut yang lebat kelihatan lebih tua berbanding baliknya bukan gitu.

6. Sifat lelaki yang berjanggut, seseorang yang jimat. Maksud jimat Di Sini lelaki tersebut tidak perlu membeli pisau cukur yang mahal krim cukur atau barang-barang untuk mengekalkan janggutnya. Janggut tidak memerlukan kos yang tinggi untuk memeliharanya.

7. Sifat lelaki berjanggut juga adalah seseorang yang sihat. Ini kerana janggut semula jadi untuk melindungi wajah keadaan cuaca yang berbeza seperti panas, sejuk, hujan atau beku. Menurut kajian saintifik menyimpan Janggut boleh menghalang 95 peratus daripada sinaran matahari yang berbahaya.

Semua yang ada point-point di atas ini tidak semestinya betul, ianya hanyalah teori sahaja dan pandangan mejoriti orang ramai.