Dianggarkan
lebih 10 peratus wanita yang aktif melakukan hubungan seks kurang mencapai
nikmat orgasma. Sedangkan untuk merangsangnya bukanlah sesuatu yang sukar.
Semuanya boleh dipelajari kerana pokok pangkalnya adalah hati.
Para
suami seharusnya tahu bagaimana caranya untuk menyeimbangkan waktu tertekan dan
bertenang ketika berlangsungnya hubungan asmara. Masih samar dengan caranya?
Ikuti tip-tip di bawah :
Peka
kepada tekanan di otot
Kebanyakan
isteri mudah salah sangka bahawa untuk mencapai orgasma ketika bersama, mereka
hanya perlu relaks dan berbaring. Andaian sebegini mudah diterima kerana
tersebar menerusi mulut ke mulut.
Tambah
‘penyampai’ itu lagi, isteri-isteri harus banyak bertenang sedangkan yang
berlaku sebaliknya. Otot wanita harus dirangsang bagi mewujudkan tekanan di
daerah intim. Di situlah nanti orgasma dapat dicapai.
Rata-rata
dari mereka juga menganggap bahawa kontraksi ketika orgasma banyak berlaku di
bahagian bawah otot pelvis. Semuanya disebabkan otot-otot ini adalah otot yang
sering digunakan bagi memudahkan aliran urin dalam badan (dalam erti kata lain
disebut juga sebagai gerakan Kegel)
Ambil
masa bertenang
Sepanjang
melakukan hubungan kelamin, isteri seharusnya fokus untuk merasai sensasi
rangsangan daripada suami. Bagi pasangan yang baru melayari bahtera rumah
tangga, pastinya timbul sedikit ‘debaran’ untuk melakukannya.
Usah
terburu-buru dan ambillah masa untuk bertenang. Hargai dan hayati setiap
perkara yang suami lakukan terhadap anda merangkumi sentuhan, kucupan, pelukan
dan lain-lain lagi. Fikiran yang telah dirangsang oleh perbuatan membuatkan
anda lebih bersedia untuk beraksi dan merasai nikmatnya orgasma. Sekiranya kali
pertama masih belum berjaya maka cubalah untuk kali yang kedua. Ingat, latihan
yang berterusan pasti membuahkan kejayaan.
Dapatkan
khidmat pakar perubatan bertauliah
Sukar
orgasma pastinya membuatkan wanita tertekan. Apa tidaknya, nikmat dan
keseronokan hanya dirasai oleh suami sedangkan isteri terpaksa berlakon untuk
tidak mengeruhkan keadaan.
Hendak
berterus-terang bimbang mengguriskan perasaan suami, jadi jalan yang paling
baik adalah dengan berdiam diri. Sekiranya beginilah persepsi anda maka tidak
mustahil sampai bila-bila pun bahagia tak mampu di rasa.
Usahakan
ke klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan khidmat kaunseling
berkenaan masalah yang berlaku. Mungkin terdapat rawatan-rawatan baru yang
boleh membantu. Meskipun ia belum tentu berhasil tetapi kata orang-orang tua,
cuba dahulu baru tahu.
Makanan
untuk Seks
Selain
ubat-ubatan dan senaman, makanan juga boleh membantu segelintir pasangan yang
bermasalah dalam hubungan seks. Antara yang disyorkan ialah :
Daun
Saderi
Sayuran
ini dikatakan mampu meningkatkan ghairah seksual terutamanya untuk menstimulasi
kerana kaya dengan androsterone. Sebenarnya, androsterone adalah sejenis hormon
tidak berbau yang dihasilkan oleh lelaki apabila pasangannya terangsang. Saderi
boleh dimakan mentah atau dijadikan ulam-ulaman sewaktu menjamu selera.
Tiram
mentah
Ramai
mengetahui akan khasiat tiram dalam membantu hubungan asmara. Makanan yang kaya
dengan zink ini mampu meningkatkan penghasilan sperma dan hormon testosteron di
samping mengandungi dopamine. Bagaimanapun, sebelum mengambil tiram secara
mentah-mentah, pastikan dahulu kebersihannya. Dibimbangi diserang
penyakit lain pula nanti.
Buah
pisang
Libido
lelaki dapat ditingkatkan dengan pengambilan buah pisang yang kaya dengan enzim
bromelain. Dalam masa yang sama, ia turut mengandungi sumber potassium serta
vitamin B bagi menambah keupayaan tenaga tubuh secara keseluruhan.
Sumber
: Klik Sini
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin