Perut lipas mengandungi cacing halus dan
lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini
berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini
bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.
Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan
melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam
atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang
meronta-ronta mencari tempat baru.
Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit
tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila
ada luka terbuka. Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur
atau ruang tamu anda. Jom ketahuinya!
1. Ambil
sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini
di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
2. Potong
dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan
bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan
dengan lemon yang baru.
3. Ambil
hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas.
Kemudian lihat lipas akan mati.
4. Ambil
beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
5. Kalau
terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek
dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di
tempat banyak lipas.
6. Letakkan
hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di
dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin