![]() |
Thomas Edison |
Kata
orang, usaha itu tangga kejayaan. Untuk mencapai matlamat diinginkan, ia harus
bermula dari bawah dan tidak kurang juga halangan hebat yang menanti. Tidak
semua selebriti ataupun orang ternama dilahirkan berjaya dengan serta merta.
Mereka juga bermula
dari bawah untuk menempa kejayaan. Beberapa individu ternama yang pernah gagal
beberapa kali, namun tidak pernah menyerah kalah serta bangkit untuk berjaya.
2. Oprah Winfrey pula pernah dipecat jawatannya sebagai pembaca berita daripada rancangan televisyen pertamanya di Baltimore di mana beliau pernah berdepan dengan gangguan dan juga masalah seksisme. Namun kini, Winfrey antara wanita paling popular untuk rancangan televisyen dan kerjayanya bernilai kira-kira US$2.9 billion menurut Forbes.
5. Kolonel Harland David Sanders pula pernah dipecat beberapa kali daripada kerjayanya sebelum berjaya menubuhkan restorannya sendiri. Beliau menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat untuk mencari orang yang berupaya menjual ayam berempahnya dan apabila berjaya mendapat tawaran perniagaan di Utah, di situlah bermulanya penubuhan Kentucky Fried Chicken (KFC).
6. Pada
umur yang masih kecil, Albert Einstein mengalami masalah untuk berkomunikasi
dan memahami seperti insan yang lain. Hakikatnya ia bukanlah bermaksud beliau
tidak pandai kerana pada sejarah hidupnya beliau pernah memenangi hadiah Nobel
dalam jurusan fizik kerana memperbetulkan teori Isaac Newton.
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin