![]() |
AYU
menceritakan kisah ditumbuk suami kepada wartawan
|
Pengorbanan
mereka mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga bukan saja tidak dihargai,
malah suami yang mereka tanggung bertindak kejam dengan memukul, mengugut serta
mendera secara seksual.
Itu
nasib tiga wanita berjawatan tinggi yang menjadi mangsa penganiayaan suami
masing-masing, menyebabkan hidup mereka menderita biarpun selepas seorang
daripada mereka bercerai.
Mangsa
pertama mahu dikenali sebagai Ayu, 30 yang bekerja sebagai pengurus syarikat
swasta, 30, berkata, dia berkahwin dengan suaminya yang bekerja sebagai
juruteknik pada 2008 atas dasar suka sama suka.
Bagaimanapun, katanya, selepas hampir empat tahun hidup bersama pelbagai masalah timbul kerana suami yang gajinya lebih rendah, hanya tahu menghabiskan wang dan langsung tidak menyumbang dalam nafkah zahir. “Saya sedar gaji dia tak banyak dan saya juga tak kisah jika banyak urusan tanggungan keluar menjadi tanggungjawab saya, tapi siapa yang boleh tahan jika hampir semua duit gaji saya dia ambil.-mymetro

0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin