Menurut pendakwah bebas dan penulis buku motivasi, Ustaz Mohd Fikri Che Hussain kisah degil para isteri ini telah pun berlaku sejak dari zaman para nabi terdahulu. Kisah isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth a.s yang mengingkari dan menolak dakwah suaminya, hingga mereka termasuk di kalangan orang yang kufur dan dimurkai oleh Allah diabadikan dalam al-Quran untuk ditatapi sebagai pedoman dan panduan hidup.
Lumrah
perkahwinan ada dugaannya dan diuji dengan isteri yang degil mungkin sebahagian
daripada dugaan buat suami. Boleh jadi ia berpunca daripada sikap isteri
yang kurang matang, terlalu manja, emosional tak bertempat, terlalu cemburu,
kerap merajuk, ego dan sombong serta perkahwinan tidak sekufu. Oleh itu
bagaimana suami mendidik isteri sebegini. Ikuti tips daripada Ustaz Mohd Fikri.
Nasihati
isteri dengan kebaikan
Bagi
suami yang ingin membentuk sahsiah dan peribadi isteri yang bersikap
sedemikian, nasihatilah isteri dengan kebaikan. Gunakan kata-kata yang baik dan
boleh melembutkan hatinya.
Berikan
pujian pada setiap kebaikan yang dilakukan. Untuk mencapai matlamat itu, suami
perlu menggunakan kata-kata g baik yang boleh melembutkan hati isteri. Wanita
gemar jika dipuji. Sebab itulah, suami perlu memuji isteri pada setiap kebaikan
yang dilakukan. Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dan makian yang
membuatkan isteri ingat sampai bila-bila.
Memulau
isteri
Ada
juga isteri yang tidak suka mendengar nasihat walau dimarahi. Dalam situasi ini
suami boleh bertindak memulaukannya hingga ke tahap memukulnya tanpa
mencederakannya. Firman Allah dalam surah An Nisa ayat 34 yang bermaksud;
“Perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan akan nusyuz hendaklah kamu beri
nasihat kepada mereka, tinggalkan mereka di tempat tidurnya atau pukullah
mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu maka janganlah mencari-cari alasan
untuk menyusahkan mereka.”
Tundukkan
isteri dengan kasih sayang
Dalam
konteks menegur isteri agar tidak terasa hati ini sebenarnya ia tidak perlu
pukulan, makian dan pemulauan terhadap si isteri, paling mustahak adalah kasih
sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Berbincanglah dan
berbuallah,dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri adalah
manusia biasa yang perlu dibelai dan dipujuk demi mencari bahagia dalam
kehidupan.
Latih
diri kenali hati budi isteri
Gunakan
sebaiknya masa yang ada untuk menegur sikap isteri dan berlatihlah mengenali
hati budinya yang positif dan negatif dalam menelusuri ranjau kehidupan. Dalam
hal ini, ia merupakan satu usaha yang berbaloi bagi suami dalam membina sebuah
rumah tangga yang matang dan bahagia di masa hadapan.
Jangan
libatkan orang luar
Ada
kalanya keluarga perlu membantu untuk menegur sikap isteri. Tetapi apa yang
sebaiknya dalam soal yang remeh ia tidak perlu dicampuri oleh orang lain kerana
kebiasaannya rumah tangga yang berantakan ini berpunca daripada campur tangan
pihak ‘luar’.
Jangan
jadikan ini satu kesilapan dengan membawa orang lain membantu mengatasi masalah
rumah tangga kerana mereka juga bermasalah. Cara biasa mereka ingin
menghentikan masalah orang lain yang kerap mengganggu hidup mereka ialah
‘memendekkan’ masalah tersebut agar tidak mengganggu kehidupan mereka lagi.
Tidak
hairanlah separuh kes perceraian yang banyak berlaku di negara kita adalah
berpunca campur tangan luar sama ada keluarga, adik beradik, kawan rapat dan
orang ketiga.
Sumber
: blogammar
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin