Topik yang menjadi sangat sensitif bagi orang muda apabila jodoh dicari orang tua mereka. Maklumlah emak atau ayah, kalau ada kenalan yang mempunyai anak teruna atau dara yang masih solo, pasti akan cuba dikenal kepada anak mereka. 
Tak kira sama ada anak itu berkenan atau tidak, belakang kira. Asalkan hujung tahun anak mereka naik pelamin dan seterusnya menimang cucu secepat mungkin.

Pemilihan pasangan yang tepat adalah salah satu kebahagiaan yang dicari oleh golongan muda untuk menjadikan seseorang itu sebagai pasangan sehidup semati. Bagaimanapun tidak mudah untuk membuat keputusan berkaitan calon pilihan.


1. Perwatakan kelakar

Lelaki yang dapat memberikan senyuman dan ketawa buat seorang perempuan adalah yang paling dicari. Wanita memang suka dengan lelaki yang pandai membuat lawak. Terasa keceriaan dan kegembiraan bila bersama.



2. Komitmen berpasangan

Lelaki yang betul mencintai seseorang wanita akan memberikan komitmen yang tinggi. Wanita mudah memberikan komitmen terhadap apa yang lelaki perlukan. Maka hidup akan mencapai kebahagiaan.


3. Suka dengan penampilan

Mereka bukan memuja untuk sekadar ambil hati tetapi memang memuji dengan penuh rasa kasih sayang dan keikhlasan. Lelaki jenis ini tidak ambil kisah dengan penampilan gadis yang disukai, semuanya nampak cantik di mata dan hati.


4. Tak kisah walaupun kurang sempurna

Ramai wanita beranggapan harus kelihatan sempurna di mata seorang lelaki. Namun kalau benar dia memang menyayangi seseorang wanita itu, kecantikan bukan kriteria utama. Mereka juga tidak meminta untuk anda makan makanan yang boleh menjadikan diri cantik.


5. Pemberi semangat

Mereka tidak pernah menghalang untuk anda meneruskan cita-cita atau impian yang selama ini anda simpan untuk suatu hari nanti. Walaupun mereka kurang gemar dengan keputusan yang anda buat tetapi dia tidak akan menghentikan keinginan dan kehendak itu semata-mata untuk memenuhi segala kehendaknya. Malah mereka akan menawarkan diri untuk menjemput anda pulang dari tempat kerja.


6. Orang di sekeliling menyukainya

Memang sangat penting untuk orang di sekeliling menyukai pasangan yang dipilih. Orang lain juga yang berdekatan boleh memberikan pandangan. Jika si dia benar-benar mencintai, pasti dirinya akan mengambil kisah untuk berbuat baik dengan orang sekeliling. Sahabat yang berdekatan lebih rasional dalam menilai keperibadian mereka, yang boleh membantu anda membuat keputusan.


7. Orang paling beruntung setiap hari

Dengan kehadirannya, anda akan berasa bahagia setiap hari, tidak kira si dia pilihan ibu bapa atau diri sendiri. Tidak salah rasanya anda memilih si dia untuk menjadi teman sehidup semati.