Dua
pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng di sini yang
diperlakukan seperti lembu oleh seorang guru lelaki akibat gagal menyiapkan
kerja rumah tidak patah semangat untuk kembali ke sekolah walaupun mereka
diejek dengan panggilan lembu oleh segelintir pelajar lain semalam.
Salah
seorang mangsa berkata, dia ada terdengar beberapa rakan sekelas memanggilnya
dengan gelaran lembu sewaktu memasuki kelas pada awal pagi semalam.
"Pagi
tadi semasa saya masuk ke kelas, tiga orang rakan sekelas memanggil saya dengan
gelaran lembu tetapi bukan semua mengejek.
"Ada juga beberapa rakan lain
yang bergurau meminta autograf kerana mereka kata saya seperti artis sebab
kisah saya keluar di televisyen dan surat khabar," katanya ketika ditemui
selepas tamat sesi persekolahan semalam.-Kosmo
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin