Kebanyakan media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat. Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
Perubahan
magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke
arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.
Beberapa
kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km
sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia
merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di
selatan.
Bagaimana
dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan
India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.
Bandar
pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami
nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih
panjang.
Fenomena
medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih
dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Selain
itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang
selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.
Medan
magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria
serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang
elektromagnet dari angkasa lepas.
Pergerakan
kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam
yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara
mendadak sejak akhir-akhir ini.
Pelbagai
teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan
menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang
semakin laju.-amekaw
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin