“Ini
semua bahana cerut import dari Cuba. Akibatnya, saya dan anak-anak terpaksa
‘mengikat perut’ kerana tidak mempunyai wang dan terpaksa mencari pendapatan
lain berikutan suami terlalu taasub dengan hobi peliknya yang ketagih menghisap
cerut berjenama luar negara.
“Dulu,
hidup kami sekeluarga bahagia, tidak perlu fikir pasal wang kerana semuanya
lengkap. Suami pula ketika itu bertanggungjawab menyediakan segala kelengkapan
rumah, namun semua itu tidak bertahan lama selepas dia mula ketagih cerut
mahal,” katanya.
Begitu
luahan seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Sara, 30, yang terpaksa
berniaga kecil kecilan untuk mengisi perutnya dan dua anak akibat kegilaan
suaminya itu.
Menurutnya, dia terpaksa menjual nasi lemak serta mengambil tempahan masakan semata-mata untuk menampung perbelanjaan harian mereka selepas suaminya tidak lagi memberi nafkah wang ringgit kepadanya.
Menurutnya, dia terpaksa menjual nasi lemak serta mengambil tempahan masakan semata-mata untuk menampung perbelanjaan harian mereka selepas suaminya tidak lagi memberi nafkah wang ringgit kepadanya.
Dia
berkata, sudah puas dia serta keluarga menasihatkan suaminya itu berhubung tabiat
pelik lelaki berkenaan, namun segala usaha menemui jalan buntu.-mymetro
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin