Fakta
menarik tentang Islam yang petik dari beberapa senarai di intenet.
1.
Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah
“Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”.
2.
Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya
beragama Islam.
3.
Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra,
Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal
dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap
ke dalam bahasa Inggeris.
4.
Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara
lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di
dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24. clik sini untuk melihat persamaan
matematik yang lain.
5.
Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak
sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030.
6.
Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan
segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah
menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir
ayat.
7.
Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat
dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3%
per tahun.
8.
Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan
seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats
1997).
9.
Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam
setiap tahun setelah peristiwa 9/11.
10.
Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah
satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi.
11.
Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia
(Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.
12.
Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu
dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di
dalamnya.
13.
Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam
radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang
mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi
tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai
bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di
planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.
14.
Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram
adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke
Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.
15.
Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang
di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.
16.
Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan
Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.
17.
Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal
kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar
kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
18.
Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan
dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
19.
Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi
dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik),
Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang
menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.-amekaw
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin