Anda
memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa
yang anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika
“bersama”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasa kepada pasangannya.
Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya,
12 tips yang dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.
1.
Berani
berinisiatif
Selalunya
terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya datang
daripada pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan
isteri berasa malu (tapi mahu) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka
teringin untuk melakukannya.
Sepatutnya
dalam kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus
berani mengambil inisiatif kerana cara begini akan membuat suami gembira. Dan
secara psikologi dapat mempengaruhi suami untuk “bersama”
2.
Menghias
Diri
Apabila
ingin “bersama”, isteri sepatutnya menghias diri. Jangan sesekali tampil ala
kadar saja. Penampilan yang menarik akan menambah semangat suami untuk “bersama”.
Oleh itu, sebelum “bersama”, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yang
bersih dan menarik lagi seksi. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau
harum. Wangian yang terbaik mimikat dan menghairahkan suami anda ialah
pheromone.
3.
Rapikan
Kamar Tidur
Sebelum
“bersama”, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan
pakaian yang tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dengan
yang baru dan bersih. Jangan lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang
tidur terasa nyaman dan wangi. Tempat tidur yang rapi dan wangi secara
psikologi akan dapat menambah semangat suami untuk “bersama”dengan anda.
4.
Bersifat
Aktif
Cumbuan
adalah antara aktiviti permulaan untuk “bersama”.Ia tidak boleh dipandang remeh
kerana ianya sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Samada suami atau
isteri, kedua-duanya dituntut untuk aktif.
Sayangnya,
dalam perkara ini yang aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan
menyerah. Agar suami cukup ghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan
rangsangan di tempat-tempat sensitif.
5.
Penuhi
Kehendaknya
Ketika
“bersama”isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering
menimbulkan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa
isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melakukan diluar
tabii. Apabila apa yang diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan
berasa gembira dan puas malah perasaan sayang akan semakin kuat.
6.
Tidak
Statik
Sering
terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh
menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah
suami dengan berbagai gaya.
7.
Bersikap
Sopan
Ketika
“bersama” isteri jangan sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap
yang sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami untuk
“bersama”.
8.
Tidak
Mengungkit Kelemahannya
Jangan
sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran
penisnya yang agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan
ghairah suami.
9.
Tidak
Mengeluh
Jangan
terlalu banyak mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk “bersama”
menurun.
10.
Jangan
Banyak Berbual
Anda
mungkin seorang yang suka berbual. tetapi perkara ini jangan diamalkan ketika
anda dan suami anda sedang “bersama”.Sebab hal ini akan menyebabkan kurangnya
tumpuan suami dalam menikmati hubungan “bersama”anda.
11. Bersifat Terbuka
Bersifat
terbuka dan jujur adalah satu kemestian dalam bercinta, katalah isteri tidak
suka apa yang dilakukan oleh suami, jangan sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya
berterus terang dan memberitahu apa yang seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap
yang begini akan menambahkan semangat suami ketika “bersama”.
12. Beri Pujian
Setelah
selesai “bersama” jangan lupa untuk memberikan pujian atas kehebatan suami.
Dengan pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jangan
dicela. Dengan cara yang baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh
beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih
baik lagi di masa akan datang.
Sumber : http://abangonline.info
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin