Ramai
golongan pekerja sanggup bangun awal untuk pergi ke pejabat asalkan punch card
tidak merah. Tetapi kenapa masih ramai yang masih liat bangun solat Subuh?
Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan bersemangat bangun Subuh tanpa
sebarang alasan berdasarkan tip berikut:
1)
Ikhlaskan
niat hanya kerana Allah swt dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas
akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti
mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan
sebagainya.
2)
Tanam
tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri
setiap hari.
3)
Bertaubat daripada
dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.
4)
Memperbanyakkan
berdoa agar Allah swt memberikan kesempatan untuk solat Subuh.
5)
Carilah
kawan yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama
bangun awal dan solat Subuh.
6)
Latih
diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi saw seperti dengan tidur awal agar
mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan
dan berdoa.
7)
Elakkan
makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh
menyebabkan susah bangun awal pagi. Jauhilah juga minuman berkafein
seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur malam yang
seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan berkemungkinan terlepas solat
Subuh.
8)
Pasang
penggera yang boleh mengejutkan anda untuk solat Subuh.
9)
Ajaklah
orang lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan
keluarga.
10) Cuba hayati keindahan waktu pagi, kesegaran
udaranya, kedinganan hawanya, kicauan burung dan sebagainya. Kemudian
tanamlah tekad ingin menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh
awal waktu.
Sumber
: Blog islammy
1 Ulasan
ada 1 lg cara nk bgn subuh istiqomah.. try ikut jemaah tabligh keluar bljar2 jaga solah selama 3 hari inshAllah da kesan..
BalasPadamTerima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin