Kisah
ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris
Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini
beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah
cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan
kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.
“Dalam
saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai
seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah
beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan
memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan
cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand
bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.
Ketika
itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang
maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari
Thailand.Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh
menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.
Suami
Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya
itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan
menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan
Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap
Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.
Husin
baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah
dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga
tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya
akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.
Ramai
wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun
ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan
Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang
banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah
menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana
dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak
semewah Jamilah.
Semenjak
itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya.
Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand
membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba
menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika
itu.
Namun
setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai
kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat
dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras
terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati
rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas
sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa
orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu
rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand
berkenaan dengan meniduri dirinya.
Malah
rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali
tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama
kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan
ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya
sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu
membeli emas yang banyak.
Maka
heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak
hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik
terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah
melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan.
Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita
sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.
Husin
yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah
berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang
terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak
menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat
dengan mata kepala sendiri.
Selang
beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh
sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian
Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan
menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan
sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya
terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa
pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan
mati dalam keadaaan yang sebegitu.
Upacara
kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah
Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk
dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba
didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya.
Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih
tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad
itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah
berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.
Setelah
semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian
Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak
perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya
terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada
bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya
itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang
lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.
Maka
kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut
Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa
ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin
mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu
kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi.
Kejadian itu amat pelik sekali.
Setelah
itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam
bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan
mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat
seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya
kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.
Saya
tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah
pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat
kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia
lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.
Saya
boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh
lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang
besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita
nescaya dosanya amatlah besar.
Dosa
berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi
wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang
mengetahui akan azabnya kelak.
Di
dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya
ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita,
minta disisihkan Allah…
Sumber
: blogammar
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin