![]() |
ROHAYA (kanan) yang sebak ketika menceritakan tragedi kematian suami dan anaknya ditenangkan anggota keluarga di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor |
Seorang
wanita hanya mampu melihat suami dan anak bongsunya yang berusia tiga tahun
mati lemas setelah mereka terjatuh dari bot yang senget selepas dilanda angin
kencang.
Tragedi
malang itu menimpa Rohaya Mohd. Yusof, 37, ketika dia menaiki bot tersebut
bersama suaminya, Hisham Hizir, 42, dan anak bongsunya, Mohammad Shammiruk, 3.
Dua
lagi anaknya yang menaiki bot tersebut terselamat.Kejadian berlaku apabila bot
yang dinaiki mereka ketika bersiar-siar di Sungai Teluk Mengkuang, Teluk
Panglima Garang di sini dipukul angin kencang secara mengejut pada pukul 6.40.
Dalam
kejadian itu, Hisham Hizir @ Khizir yang bekerja di kilang Nestle di Seksyen
15, Shah Alam dikatakan cuba menyelamatkan anak lelaki bongsunya, Muhammad
Shammirul yang terjatuh ke dalam sungai setelah bot tersebut senget apabila
ditiup angin kencang.-Kosmo
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin