Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :
1.
Berpegang
Kepada Agama
Wanita
yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas
syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat
dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung
mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
1.
Kecantikan
Dalaman
Wanita
yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip
dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau
cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita
yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya
hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu
atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
2.
Manja
Lelaki
suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh
memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan
keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu
seperti kurang matang.
3.
Pandai
Menjaga Kecantikan
Lelaki
menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan
kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik
jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan
wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
4.
Berakhlak
Mulia
Wanita
yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan
dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri,
kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
5.
Tidak
Mempamer Keseksian
Lelaki
suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya
isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk
mata semua lelaki.
6.
Tidak
Cerewet
Lelaki
suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet
boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya,
wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun
perkara itu hanyalah perkara kecil.
7.
Memahami
Lelaki
Wanita
yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki
mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka.
Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah
suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
8.
Sejuk
Mata Memandang
Wanita
yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang
lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.::
– Bersopan satun
.::
– Senantiasa memaniskan wajah
.::
– Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.::
– Menutup aurat
.::
– Ramah dan mesra
.::
– Tidak terlalu cemburu
.::
– Menghormati orang lain
.
Inilah
9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan
tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba
menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan
kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita
mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara
beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan
diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa
mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam
sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas,
gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri
untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu
hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang
Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan
manusia itu sendiri
Sumber
: blogammar
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin