Berikut
adalah petua yang boleh dicuba untuk menghilangkan jerawat.
1.
Daun
Sirih - Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas
atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu.
Selawat sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu
jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Kemudian bilas dengan air
bersih hingga cuci.
1. Tomato - Mula-mula belah buah
tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar
sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan
juga dengan makan tomato.
2. Asam Gelugor - Rendam beberapa
keping asam gelugor selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun
pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada
keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.
3. Kulit Kayu Manis – Ambil kulit kayu manis dan
asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika
tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan
sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan
paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika
mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit
“panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.
4. Ubat Gigi - Sebelum tidur, letakkan ubat
gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan ia mengering sehingga
keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ubat gigi membantu mengeringkan
jerawat dan juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
5. Air Kelapa - Bersihkan muka.
Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air
bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
6. Asam Jawa dan Kunyit Hidup - Tumbuk
kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu
sebati, sapu rata ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian
ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda
akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.
7. Air Basuhan Beras - Selawat
sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan
dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.
8. Putih Telur - Mula-mula pisahkan
kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar
lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu
mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya
jerawat.
9. Lidah Buaya - Lendir lidah buaya
(aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk
menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa
kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya
pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi
dan waktu petang.
10. Larutan Tepung Kanji - Sapukan sedikit
larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul.
InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
11. Daun Teh - Didihkan daun teh tersebut.
Setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang
ditumbuhi jerawat.
Sumber
: blogammar
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin