Kanser atau barah adalah
nama penyakit bagi salah satu tumor ganas yang sudah tidak asing lagi
di kalangan masyarakat terutamanya kaum wanita dan ia sukar diramalkan. Banyak
faktor yang mempengaruhi dan terdapat banyak jenis. Dikatakan sampai kini
kanser masih menduduki peringkat pertama dalam kes kematian di dunia. Salah
satu jenis kanser adalah kanser payudara. Penderita penyakit ini terus
bertambah saban tahun namun, hanya segelintir sahaja yang mengetahui gejala
kanser payudara ini.
Oleh
kerana cetek dalam ilmu pengetahuan dan tidak prihatin dengan perubahan diri
menyebabkan penyakit ini sukar dicegah dan ditangani. Atas kerana pada umumnya
gejala-gejala kanser tersebut didapati dari beberapa kes kecil yang seringkali
dirasakan tidak penting dan tidak berbahaya. Namun pada hakikatnya, pengenalan
terhadap gejala-gejala awal kanser payudara dapat menangani kes ini secara
maksima sebelum kanser merebak dan menjadi semakin serius.
Ada
beberapa tanda-tanda atau gejala (sipmtom) umum yang kadang kala di luar dari
pengawasan kita kerana hal tersebut biasanya tidak akan mengganggu keadaan tubuh
badan dalam melakukan sebarang aktiviti dan kerana itu pulalah beberapa orang
yang mengalaminya biasa mengabaikannya dengan mudah dan menganggapnya sebagai
hal yang biasa-biasa saja. Padahal dari sini, kewaspadaan dan pemeriksaan lebih
lanjut harus dilakukan. Berikut adalah gejala awal yang sering dialami oleh
penderita kanser payudara :
1.
Benjolan-Benjolan
ini umumnya terdapat di bawah kulit payudara dan ukurannya lebih kurang sebesar
kacang tanah. Biasanya benjolan tersebut hanya terdapat di sebelah payudara
saja. Apabila benjolan tersebut ditekan dan dapat bergeser, itu bermakna masih
merupakan gejala awal yang ringan dan boleh segera ditangani. Sebaliknya, bila
benjolan tersebut sudah tidak boleh bergeser dan ukurannya lebih besar dan
keras maka awas, kanser sudah memasuki tahap serius. Benjolan ini juga boleh
didapati di permukaan ketiak, walaupun tidak selalu bermakna kanser—tapi ada
baiknya diberikan pemeriksaan lebih lanjut.
2.
Perubahan
bentuk puting payudara-Puting tetek kelihatan rata, terbalik atau masuk ke
dalam. Atau mungkin terasa sakit yang berlanjutan.
3.
Keluarnya
darah atau cairan janggal-Cairan darah yang keluar umumnya tidaklah banyak,
namun cukup mengganggu. Selain darah ada juga berupa cairan kekuningan seperti
darah putih atau bahkan nanah. Hal ini biasanya diikuti dengan rasa nyeri pada
permukaan payudara dan rasa gatal pada daerah sekitar puting tetek. (Kadang
kala ini bukan bermakna kanser, namun tetap harus berwaspada)
4.
Perubahan
warna kulit-Warna kulit payudara berubah warna menjadi kemerahan .
5.
Perubahan
tekstur kulit-Permukaan kulit payudara kelihatan bersisik atau berkedut seperti
kulit limau purut. Kulit akan terasa kasar dan kaku.
6.
Luka
yang sukar sembuh-sering juga timbul luka yang sukar sembuh dan terasa panas
seterusnya akan membengkak.
7.
Payudara
terasa panas, kemerahan dan bengkak
8.
Adanya
benjolan-benjolan kecil
9.
Terasa
sangat gatal di daerah sekitar puting tetek
10. Benjolan yang keras itu tidak bergerak
( terfiksasi )
Biasanya
pada peringkat awal tidak terasa sakit.Pada kebiasaannya jika benjolan itu
kanser, ia hanya terdapat pada satu belah payudara sahaja.
Sumber : http://b17aprikot.wordpress.com
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin