Apabila
seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul
pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk
juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses
taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah
khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah
wahai saudaraku…
1.
“Wanita-wanita
yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat
wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki
yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”.
(An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah
diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki
yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang
baik buat kita. Amin.
2.
“Dan
kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak
(berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka
miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas
(Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan
bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai
pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang
juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah
gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu
untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu
ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk
memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil,
apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah
kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.
Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula
miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya
rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3.
“Ada
tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi
sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang
menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy,
Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga
kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan
penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4.
“Dan
diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari
jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan
dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5.
“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku,
nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan
diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “.
(Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa
kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita
berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan
sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa.
Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap
kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan
juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada
waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit
dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah.
Perhatikan
juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari
sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan
apa yang diharamkan Allah.
Manfaat
lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah
itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah
Maha Mendengar.
Sebahagian
orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun
berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.
Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang
siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya,
maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat
Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah
bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu
mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah
bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah
(hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no.
3530), Ahmad dan Hakim).
6.
“Mintalah
pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153) Mintalah
tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka
kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7.
“Kerana
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah
kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6) Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi
kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi
kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah
kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat
Alam Nasyrah.
8.
“Hai
orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan
menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)Agar Allah menolong kita,
maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu
penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam,
membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah
menolong kita.
9.
“Sesungguhnya
Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah
benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah
itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan
menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu
ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus
berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap
muslim.
blog amekaw
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin