Apabila seorang
muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai
perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga
tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf
sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Amalan Memurahkan
Rezeki
Amalan-amalan ini
menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya
dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah
memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai
bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Diantaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah
tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis
qudsi:
“Wahai
anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya
dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu
dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi,
Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar
adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi
sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan
melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barang
siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala
kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah
yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim
dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3.Tinggalkan
perbuatan dosa
Istighfar
tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati
resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan
seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”
(Riwayat at-Tirmizi)
4.Sentiasa
ingat Allah
Banyak
ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang
hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu)
orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah .
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti
dan mendoakan ibu bap
Dalam
hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin
panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan
menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa
berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan
memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan
al-Hakim)
Mendoakan
ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila
hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah
rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat
baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat
baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang
tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang
masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah
kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di
kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan
hajat orang lain
Menunaikan
hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat
sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa
yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat
Muslim)
8.Banyak
berselawat
Ada
hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai
kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta
meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9.Buat
kebajikan banyak-banyak
Ibnu
Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan
pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki
dan makhluk lain mengutuknya.”
10.Berpagi-pagi
Menurut
Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai
solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11.Menjalin
silaturrahim
Nabi
s.a.w. bersabda:“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan
ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12.Melazimi
kekal berwuduk
Seorang
Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa
perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah
berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”
(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.Bersedekah
Sedekah
mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w.
bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki
hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap
hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang
lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya
Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14.Melazimi
solat malam (tahajud)
Ada
keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi
sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15.Melazimi
solat Dhuha
Amalan
solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti
harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai
anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu
permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada
petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.Bersyukur
kepada Allah
Syukur
ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur
nikmat. Allah berfirman:
“Demi
sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan
demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim:
7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang
bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17.Mengamalkan
zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir
dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan
melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya
pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan
rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca
secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi
sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah,
al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu
rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah”
berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk
mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam,
diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18.Berdoa
Berdoa
menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap
pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta
kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.Berikhtiar
sehabisnya
Siapa
berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan
bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya,
tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat
Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi
orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada
murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran,
hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak
sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran
yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang
haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal
Dengan
tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:“Barang
siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .”
(At-Thalaq: 3)
Nabi
s.a.w. bersabda:
“Seandainya
kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi
rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah
kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari
Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebut
di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah
akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya
rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi
orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah
buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang
Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya.
Blog suaraislamik
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin