Bagi mengelakkan anda
terpedaya dengan pembohongan ini maka kenali 14 tanda yang boleh dibaca dengan
jelas oleh mereka yang mahu menutup kebenaran dari anda.
1.
Tidak mampu bertentang mata
Hal yang paling biasa
apabila seseorang berbohong adalah dengan melihat wajah mereka. Terutama di
mata. Biasanya orang yang sedang berbohong tidak mampu bertentang atau menatap
mata dengan anda. Si dia juga semakin sering mengerdipkan mata. Biasanya seseorang
akan berkedip sebanyak 15 hingga 20 kali seminit tetapi dalam keadaan malu,
tegang dan berbohong, kadar stres yang meningkat akan menyebabkan si dia lebih
banyak mengerdipkan mata.
2.
Perubahan suara
Ciri-ciri pembohong
boleh didengari daripada nada bicaranya, jika sedang meninggi, ertinya sebuah
dusta sedang diceritakan. Selain itu lihat juga suaranya yang tegang dan rehat
antara ayat yang lama.
3.
Menggaru-garukan bahagian
tertentu
Cara paling mudah
mengesan pembohongan adalah melalui gerakan tangan. Kebanyakan pembohong tidak
banyak menggerakkan tangan. Tapi ada satu yang sering mereka lakukan iaitu
menggaru dibahagian tertentu. Biasanya tidak kurang lima kali perbuatan
menggaru-garu tubuhnya.
4.
Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu
berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan
ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio.
Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak
gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
5.
Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
6.
Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
7.
Gerakan Kaki
Ketika pembohong
sedang berdiri, kaki mereka mula mengetuk ke tanah. Semasa pembohong sedang
duduk, maka kemungkinan besar dia akan mengayun-ayunkan kaki mereka.
8.
Guna kata-kata sukar
Kajian menunjukkan
orang yang berbohong menukar cara mereka bercakap dan pilihan kata-kata mereka.
Para pembohong biasanya menggunakan kata-kata yang sukar difahami. Mereka
jarang menggunakan kata ganti orang pertama dan lebih banyak menggunakan kata
ganti orang ketiga. Sebuah kajian pada 2003 oleh penyelidik di Universiti Texas
menyimpulkan selain mengurangkan ayat orang pertama (Saya, Aku), mereka juga menggunakan
kata-kata yang memberi kesan negatif.
9.
Resah
Orang yang berdusta
kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan
tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan
dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang
berbohong.
10.
Menutup mulut
Ada sesetengah orang
meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu
tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi
sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata
dusta, tangan cuba menghalangnya.
11.
Muka kelihatan bingung.
Si pembohong akan
memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang sama. Hal ini akan mengganggu
perhatiannya dalam percakapan tersebut.
12.
Menggelabah jawab pertanyaan
spontan
Seseorang yang senang
berbohong, kerap kali sudah menyediakan pelbagai versi cerita dalam fikirannya
sebelum bertemu dengan orang yang akan dibohongi agar semuanya berjalan
sempurna. Untuk mengetahuinya,cubaanda melontarkan pertanyaan spontan yang
tidak dapat dibayangkan. Orang yang berbohong selalunya akan menggelabah untuk
menjawab pertanyaan seperti ini.
13.
Cerita Panjang Lebar
Orang yang selalu
berbohong biasanya cukup pandai mengarang cerita sehingga kadang-kala langsung
tidak masuk akal. Mereka juga kerap memanjangkan cerita yang ringkas. Mereka
yakin bahawa anda akan percaya dengan cerita panjang yang disampaikannya. Oleh
itu waspadalah pada mereka yang suka melebarkan cerita yang pada dasarnya mudah
sekali untuk disampaikan.
14.
Enggan Duduk Berdekatan
Keengganan seseorang
duduk berdekatan dengan anda juga boleh menjadi tanda dirinya sedang berbohong.
Akibat rasa bersalah, pembohong sejati tidak suka berdekatan dengan orang
dibohongi.
Kesimpulannya,
sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu
sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Bahasa badan
sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang
perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Jadi kalau dapat
sesuatu maklumat jangan percaya 100%. Selidik dahulu perkara tersebut
sedalam-dalamnya kemuadian buatlah keputusan yang terbaik sama ada mahu percaya
atau tidak.
Kerana itu Nabi
Muhammad saw pernah bersabda:
Jika kamu
mendengar khabar daripada Bani Israel suatu cerita, maka jangan terus kamu
terima dan jangan terus kamu tolak. Kerana boleh jadi apa yang dinyatakan oleh
mereka itu benar dan boleh jadi palsu.-
usahawan.com
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin