![]() |
Masjidil Haram pada tahun 1970an
|
Menurut sumber, beliau telah mengiktiraf abang iparnya Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan sebagai Imam Mahdi dan beliau mempunyai kepercayaan bahawa semua ketua-ketua kerajaan di dunia Islam pada masa itu adalah korup dan menjadi proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika Syarikat dan beliau mahu keluarga Di Raja As- Saud yang memerintah Arab Saudi digulingkan. Dengan perancangan teliti dan rapi beliau dan pengikutnya telah menyerang Masjidil Haram pada 20 November 1979 dan menjadikan ribuan jemaah yang sedang melakukan ibadah di dalamnya telah dijadikan sebagai tebusan. Inilah pertumpahan darah yang pertama di dalam sejarah moden kota Mekah
![]() |
Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi |
Serangan
ke atas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim
haji baru sahaja berakhir. Pagi itu ketika Imam Masjidil Haram ketika itu ,
Sheikh Mohammed al-Subayil sedang bersedia untuk mengimamkan hampir puluhan
ribu jemaah untuk menunaikan solat Subuh , Juhaiman dan orang-orangnya berjaya
mengunci kesemua pintu keluar masuk masjid, membunuh dua anggota polis yang
hanya bersenjatakan cota dan menahan ribuan jemaah yang terperangkap sebagai
tebusan. Juhaiman kemudiannya mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan
mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Kota Mekah. Selain daripada itu
beliau mahukan ekspot minyak Arab Saudi ke Amerika Syarikat dan negara-negara
lain dihentikan serta merta dan meminta pengusiran kesemua penasihat
ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab Saudi.
![]() |
Masjidil Haram ketika serangan subuh 20 November 1979 |
Ketika
itu telah timbul masalah dari segi syara’ mengenai penggunaan senjata api di
dalam perkarangan Masjidil Haram. Majlis Ulama’ Arab Saudi pada awalnya
menghalang penggunaan senjata kerana ia akan mencemarkan kesucian Kaabah tetapi
atas desakan tentera dan kerajaan akhirnya Majlis Ulama’ Arab Saudi
mengizinkannya dengan mengeluarkan satu fatwa untuk membenarkan penggunaan
senjata api untuk melawan Juhaiman.
Setelah
serangan awal untuk menawan kembali Masjidil Haram gagal, kerajaan Arab Saudi
terpaksa meminta bantuan dari Pasukan Anti Keganasan Peranchis (GIGN) dan seramai
tiga orang anggota GIGN dihantar ke Arab Saudi. Di lapangan terbang Jeddah ,
Majlis Ulama’ Arab Saudi menetapkan syarat supaya ketiga-tiga anggota GIGN
secara rahsia memeluk Islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam
kawasan ‘tanah haram’ Mekah. Walaupun mereka “telah memeluk Islam” kehadiran
anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Arab Saudi bagi menutup
kegagalan mereka dalam usaha menamatkan pengepungan yang telah berlanjutan
hampir dua minggu itu.
![]() |
Komando GIGN Perancis yang "masuk Islam" untuk operasi pembebasan Masjidil Haram |
Antara
rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang
digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan tempat persembunyian para
pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri kabel hidup yang mempunyai
voltan tinggi akan dijatuhkan kedalamnya tetapi rancangan ini ditolak kerana ia
boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata
putus untuk menebuk lubang-lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan
terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.
![]() |
Kesan selepas operasi serangan
|
Selepas
hampir dua minggu, peristiwa serangan dan pengepungan Masjidil Haram berjaya
ditamatkan pada 4 Disember 1979. Mengikut laporan rasmi dari pihak berkuasa
Arab Saudi menyatakan bahawa seramai 127 orang telah terbunuh dan 451 yang
lainnya tercedera. Jumlah ini termasuklah para jemaah yang dijadikan tebusan,
anggota pasukan keselamatan Arab Saudi dan juga pengikut-pengikut Juhaiman.
Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang
lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani
dan para pengikutnya yang masih hidup telah dijatuhkan hukuman pancung oleh
Kerajaan Arab Saudi.
![]() |
Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan yang mendakwa "Imam Mahdi" terbunuh dalam serangan |
Rata-rata
umat Islam seluruh dunia marah dengan keengganan kerajaan Arab Saudi untuk
memenuhi permintaan dan tuntutan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan
pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid. Ramai yang
berpendapat bahawa keputusan itu banyak menyebelahi Amerika Syarikat dan
akibatnya beberapa kedutaan Amerika Syarikat seperti di Pakistan dan Libya
telah dibakar oleh para perusuh dalam tunjuk perasaan. Demonstrasi dan protes
juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah
tindakan dan keputusan yang telah dibuat oleh Raja Faisal. Bagi kebanyakan
orang Islam tindakan keluarga As-Saud itu membuktikan kebenaran yang mereka itu
hanyalah boneka Amerika Syarikat.
![]() |
Pengikut Juhaiman yang telah ditahan
|
Ketika
peristiwa itu berlaku, Masjidil Haram sedang dalam proses pengubahsuaian dan
pembesaran masjid. Kerja-kerja pengubahsuaian ini dilakukan oleh kontraktor
yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi iaitu Syarikat Pembinaan Ben Laden.
Ianya adalah syarikat milik kepada bapa Osama Bin Laden. Insiden ini juga telah
membakar semangat Osama dan beberapa tahun kemudian beliau telah diusir keluar
dari Arab Saudi kerana kelantangannya mengkritik keluarga As-Saud. Selebihnya
kita telah tahu dengan apa yang telah tercatat di dalam lipatan sejarah.
Sumber
: Klik Sini
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin