Tip
untuk anda mempertahankan perhubungan dengan kekasih yang gila kerja.
Jadi
Teratur Sepertinya
Anda
boleh aplikasikan cara si dia mengatur jadual kerjanya ke dalam jadual
perhubungan anda berdua. Cuba periksa waktu dan temu janji kerjanya dan buat
jadual untuk anda berdua juga. Tuliskan aktiviti yang anda rancangkan ke dalam
jadual kerja miliknya untuk mengingatkannya. Tetapi jangan sesekali mengacau
waktu kerjanya.
Curi
Masa Makan Tengahari
Cuba
sedaya upaya untuk meluangkan sedikit masa untuk makan tengah hari bersama.
Bincang dengan si dia bagaimana anda boleh dating ketika lunch
hour. Mungkin dua hari anda ke pejabatnya manakala dua hari lagi dia pula ke
pejabat anda. Usaha anda berdua ini akan mengukuhkan lagi hubungan anda berdua.
Jadi
Spontan
Ketika
si dia bekerja sehingga lewat malam, tidak salah sekiranya anda membawa makan
malam untuknya dan menemaninya di pejabat. Ataupun sekali-sekala cuba ‘kidnap’ pasangan
anda untuk percutian sehari ke Port Dickson dan percayalah mungkin pada mulanya
si dia akan merasa marah kerana mengganggu kerjanya. Akhirnya dia akan
berterima kasih kerana anda telah mengurangkan tekanan kerjanya.
Kahwin
Sahaja!
Kalau
susah sangat untuk berjumpa, apa kata kahwin sahaja? Walau sesibuk mana pun
pasangan akan tetap pulang ke rumah dan anda masih ada peluang untuk bertemu.
Sekiranya anda berdua sudah berkahwin, si dia seboleh-bolehnya akan cuba pulang
awal kerana anda menantinya di rumah. Tambahan pula sekiranya anda berdua telah
dikurniakan cahaya mata.
Sumber
: Klik Sini
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin