![]() |
JOHNSON bersama isterinya, Saraswathy menunjukkan gambar Vikneswary yang tidak pulang ke rumah di Alor Setar |
Seorang
bapa tidak dapat tidur lena memikirkan keselamatan anak gadisnya berusia 15
tahun yang menghilangkan diri sejak 11 hari lalu dengan alasan untuk berdikari.
Menurut
M. Johnson, 46, dia amat bimbangkan keselamatan J. Vikneswary sejak dia keluar
dari rumah di Taman Bersatu, Jitra dekat sini pada 10 Julai lalu.
“Saya
merayu kepada Vikneswary agar segera pulang kerana saya amat bimbangkannya dan
saya janji tidak akan memarahinya jika dia pulang ke rumah,” katanya ketika
ditemui di pejabat Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) di sini kelmarin.
Turut
hadir isterinya, M. Saraswathy, 30.
Johnson
yang bekerja sebagai peniaga besi buruk memberitahu, anak perempuannya itu ada
meninggalkan satu surat yang meminta keluarga tidak mencarinya kerana dia mahu
bekerja dan belajar sendiri.-Kosmo
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin