Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah membuka kertas siasatan terhadap
kenyataan empat peserta pertandingan Ratu Cantik yang digugurkan kerana fatwa
tidak membenarkan wanita Muslim di Malaysia menyertai sebarang pertandingan
ratu cantik.
Laporan
Berita Harian hari ini memetik kenyataan mereka yang nekad mahu meneruskan
pertandingan itu pada 2 Ogos depan biarpun telah dibatalkan penyertaan mereka.
Berita
itu juga menyebut kesemua empat peserta menyatakan kekecewaannya ekoran
tindakan itu dan nekad mahu meneruskan niat mereka.Pengarah Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali berkata, fatwa
melarang wanita Muslim di Malaysia menyertai pertandingan ratu cantik telah pun
diwartakan pada 8 Feb 1996.
”
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 (Akta 505)
memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk
sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah HARAM dan
BERDOSA bagi orang Islam.
”
Oleh itu, kenyataan keempat-empat peserta tersebut dianggap telah menghina
agama Islam.” Sehubungan itu, Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah membuka kertas
siasatan di bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997 (Akta 559) iaitu Menghina, Atau Menyebabkan Dipandang Hina
agama Islam,” katanya.-mynewshub.my
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin