Bukan
saja kisah perkahwinan Ashraf Muslim hangat dibicarakan ketika ini malah berita
pernikahan Abby Abadi dengan lelaki jauh lebih muda padanya turut diperkatakan
oleh orang di luar sana.
Ramai
yang mempertikaikan mengapa aktress ini perlu berkahwin sampai ke Thailand
bukan di negara sendiri dan ada juga yang tertanya-tanya mengapa perkahwinan
mereka dilakukan secara tergesa-gesa.
Malah
ada peminat yang mendakwa tindakan yang dilakukan oleh Abby dan suaminya itu
sebagai jalan mudah yang diambil untuk berkahwin.Kini, pelakon drama bersiri
Gerak Khas ini tampil memberi penjelasan berkenaan isu beliau berkahwin di
Thailand.
“Ya,
saya akui bernikah di Thailand. Rasanya tiada sebarang masalah dalam
undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang
payah.”“Bernikah di luar negara tidak menjadi masalah pun kerana saya
mendahulukan Allah SWT. Itu bermakna saya sudah lepas dengan Allah SWT dan
sekarang dengan manusia pula saya perlu terangkan.”
“Sudah
tertulis bergitu, apa yang penting Allah SWT di dahulukan. Malah saya juga
dapat mengelak dari dosa,” ujar Abby.Untuk maluman pembaca, majlis persandingan
mereka berdua akan di adakan pada 31 Ogos ini di sebelah pihak perempuan dan
seminggu kemudian pula di sebelah pihak lelaki.
Sumber
: Klik Sini
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin