Tiga
buah premis yang menjual sejenis produk pelangsingan badan dipercayai
mengandungi bahan racun berjadual di Jalan Raja Bot di sini diserbu Jabatan
Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Dalam serbuan pukul 11 pagi itu,
ribuan produk minuman kesihatan bernilai lebih RM20,000 dirampas.
Ketua
Unit Perhubungan Media, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Kuala
Lumpur, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, kesemua produk itu mengandungi bahan
yang boleh mengancam kesihatan pengguna."Siasatan terhadap aduan yang
diterima mendapati produk minuman pelangsingan ini mengandungi Bupropion iaitu
bahan yang boleh menghentikan selera makan seseorang.
"Kesan
penggunaan bahan ini juga boleh menyebabkan seseorang diserang sakit
sawan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.-Kosmo
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin