Perasaan
cinta dan dicintai bukan mudah untuk dilafas dan didengar dari mulut
pasangan. Kadang kala kita menanti berbulan malah bertahun lamanya kata keramat
lafas cinta dari insan yang kita cintai tetapi masih tetap hampa. Walau
mereka menunjukkan perlakuan mereka menyintai kita tetapi sukarnya untuk
mereka lafaskan bahawa mereka menyintai kita. Mengapa?
Kadang
kala diri kita sendiri juga sukar melafazkan kata cinta. Kata cinta amat
mendalam dan ianya memang sukar untuk di lafaskan oleh sesetengah insan.
Apa yabg boleh Kasih Suci katakan, biarlah kata cinta itu sukar keluar
dari bibir seseorang asalkan perlakuan dan perhatiannya terhadap insan
tersayang itu sudah menunjukkan betapa besarnya rasa cinta di hati mereka.
Ada
orang sentiasa mengucapkan kata cinta tetapi mereka tidak sebenar-benarnya
cinta. Hanya mainan kata di bibir saja ucapan tersebut sedangkan hati
mereka tidak telur dalam menyintai.
Cinta boleh di rasa walau ianya tidak boleh di lihat. Perasaan cinta akan terpamer pada wajah dan mata insan yang menyinta. Kita boleh lihat betapa dalamnya cinta mereka terhadap kita walaupun tidak terluah melalui kata-kata. Apa yang penting saling memahami dan saling tahu betapa kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain…wallahua’lam
Sumber
: Klik Sini
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin