Polis
menahan sepasang kekasih yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah pecah
rumah di sekitar Nibong Tebal dan Parit Buntar, Perak dalam satu tangkapan di
Jalan Besar, Sungai Bakap di sini 25 Jun lepas.
Ketua
Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata,
berikutan itu polis menyerbu sebuah rumah milik suspek di Taman Panchor Mutiara
dan menemui beberapa barangan hasil kegiatan pecah rumah.
Menurut
beliau, antara yang ditemui ialah enam kad kredit, jam tangan, kamera digital,
surat pajak gadai, komputer riba dan telefon bimbit.
"Hasil
soal siasat terhadap pasangan kekasih berusia 27 tahun itu telah membawa polis
ke sebuah kedai pajak gadai di Parit Buntar dan berjaya merampas sejumlah
barang-barang kemas.-Kosmo
0 Ulasan
Terima kasih kerana comment semoga awak sihat sentiasa dan di murahkan rezeki. Amin